awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Malaysia ambil bahagian dalam ICAO, komited tuntut keadilan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/03/2022
05:23 MYT
MH17: Malaysia ambil bahagian dalam ICAO, komited tuntut keadilan
Malaysia mengulangi komitmennya dalam menuntut keadilan buat keluarga mangsa nahas MH17. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi komitmen dalam menuntut keadilan buat keluarga mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Pengangkutan memaklumkan, Malaysia akan mengambil bahagian dalam perbincangan menerusi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) seiring dengan Konvensyen Chicago.
Ia berikutan langkah Australia dan dan Belanda yang telah memulakan tindakan undang-undang bersama terhadap Rusia berhubung tragedi berkenaan.
"Kerajaan Malaysia mengulangi komitmennya dalam menuntut keadilan buat keluarga mangsa nahas MH17 termasuk 43 warga Malaysia dan seterusnya mengheret pihak yang bertanggungjawab berhubung tragedi menyayat hati pada Julai 2014 ini melalui proses kehakiman yang dijalankan secara telus di bawah undang-undang antarabangsa.
"Malaysia komited untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan telus, boleh dipercayai dan konklusif," kenyataan itu menyebut.
Kementerian itu juga menambah, Malaysia kekal dengan prinsip bahawa bahawa segala kesimpulan mestilah berdasarkan bukti kukuh.
"Malaysia menggesa semua negara dan pihak yang terlibat memberi kerjasama sepenuhnya terhadap perbicaraan ini selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) 2166 (2014)," katanya.
Topic Berkaitan
#MH17
#Malaysia
#penerbangan
#pesawat
#Rusia
#Australia
#Belanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan