awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Selepas laporan risikan, fasa seterusnya kumpul bukti fizikal

Bernama
Bernama
06/09/2014
07:12 MYT
MH17: Selepas laporan risikan, fasa seterusnya kumpul bukti fizikal
Perdana Menteri Malaysia (kanan) selepas sidang media bersama Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari Abbott di Malaysia.
Selepas menerima laporan risikan "agak konklusif", Malaysia dan pasukan penyiasatan antarabangsa kini berusaha untuk mengumpulkan bukti fizikal berkaitan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi tujuan itu, pasukan berkenaan mahu memasuki semula kawasan nahas di timur Ukraine sebelum musim sejuk.
"Untuk pengetahuan anda, kami sedang berusaha sebaik mungkin. Kami telah menerima laporan risikan berhubung apa yang telah berlaku terhadap Penerbangan MH17 dan laporan itu sebenarnya agak konklusif.
"Apa yang akan kami lakukan seterusnya adalah untuk mengumpulkan bukti fizikal, bukti yang kami boleh kemukakan di mahkamah bila tiba masanya supaya ia dapat dibuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan ini perlu dibuktikan di mahkamah," katanya.
Najib berkata demikian pada sesi soal jawab dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari Abbott di Malaysia, di sini hari ini.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 itu dikatakan ditembak jatuh di negara bergolak itu.
Najib berkata Malaysia bersama-sama rakan antarabangsa seperti Australia dan Belanda memerlukan sekurang-kurangnya lima minggu untuk memeriksa keseluruhan kawasan nahas yang agak luas, bukan sahaja untuk mencari cebisan mayat tetapi juga untuk mengumpulkan bukti fizikal.
Sebaik sahaja proses mengumpulkan bukti fizikal selesai, Najib berkata peringkat seterusnya adalah untuk meneliti dari sudut jenayah bagi mencari siapa yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam itu.
"Saya melihat ini sebagai amat mencabar kerana untuk mendapatkan bukti di kawasan konflik bakal berdepan pelbagai masalah serius tetapi kami bertekad untuk mencari kebenarannya dan membawa siapa yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," katanya.
Topic Berkaitan
#MH17
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan