awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Malaysia hantar pasukan ke Maldives siasat penemuan serpihan

Shafizan Johari
Shafizan Johari
10/08/2015
10:48 MYT
MH370: Malaysia hantar pasukan ke Maldives siasat penemuan serpihan
Liow juga meminta orang ramai memberi laluan kepada proses pengesahan sebelum membuat sebarang spekulasi. - Gambar Fail
Kerajaan Malaysia sudah dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Maldives mengenai penemuan serpihan di utara kepulauan berkenaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan pihaknya juga akan menghantar sebuah pasukan ke Maldives untuk membuat pengesahan awal terhadap serpihan itu.
"Sekiranya serpihan berkenaan disahkan milik pesawat, perbincangan akan diadakan untuk menentukan langkah seterusnya bagi proses analisis," katanya dalam satu kenyataan kementerian itu hari ini.
Bagaimanapun beliau menegaskan ketika ini masih terlalu awal untuk membuat spekulasi kaitan serpihan itu dengan MH370.
Liow juga meminta orang ramai memberi ruang kepada proses pengesahan sebelum membuat sebarang spekulasi.
Media sebelum ini melaporkan ada serpihan kelihatan di utara kepulauan Maldives sejak bulan lalu.
Pihak berkuasa Maldives juga telah menggerakkan pasukan mencari pada Ahad bagi mengesan serpihan-serpihan yang mungkin ada kaitan dengan pesawat malang itu.
Selain Maldives, turut sama terlibat dalam operasi pencarian kini ialah Mauritius, sementara Perancis menghantar pasukan mencari ke Pulau Reunion.
Malaysia pada Khamis lalu mengesahkan bahagian sayap yang ditemui di Pulau Reunion dua minggu lalu adalah milik MH370 yang hilang pada Mac 2014.
MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal. Ia hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
BACA: Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370. Apa yang telah diketahui
Topic Berkaitan
#Fleperon
#Liow Tiong Lai
#Maldives
#MH370
#Pulau Reunion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan