awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft batal beberapa permainan Xbox, tutup studio

Amanz
Amanz
03/07/2025
05:00 MYT
Microsoft batal beberapa permainan Xbox, tutup studio
Beberapa permainan seperti Perfect Dark, Everwild dan Blackbird dibatalkan, serta studio The Initiative ditutup, menunjukkan kesan besar terhadap bahagian permainan video. -Amanz
MICROSOFT dilapor akan membuang 9,000 lagi pekerja dengan setakat ini kakitangan di bawah payung Xbox telah pun dihentikan kerja.

Ringkasan AI
  • Microsoft akan membuang 9,000 pekerja lagi, termasuk 6,000 dari pasukan pembangunan perisian dan kakitangan di bawah Xbox.
  • Beberapa permainan seperti Perfect Dark, Everwild dan Blackbird dibatalkan, serta studio The Initiative ditutup, menunjukkan kesan besar terhadap bahagian permainan video.
  • Langkah ini berlaku selepas Microsoft gagal bersaing dengan PlayStation dalam perang konsol, walaupun keuntungan meningkat dan nilai pasaran kekal tinggi.

Ini adalah bersamaan sekitar 4% jumlah pekerja global mereka. Daripada jumlah ini, 6,000 adalah kakitangan yang terlibat dalam pembangunan perisian.
Sejurus selepas berita ini dilaporkan oleh CNBC, muncul pengumuman permainan Xbox seperti Perfect Dark dan Everwild dibatalkan.
Perfect Dark sangat dinantikan peminat permainan video kerana ia adalah kesinambungan kepada permainan asal yang dilancarkan pada tahun 2000.
Ia diumumkan lima tahun lalu dan kini studio The Initiative yang membangunkannya telah ditutup.
Pembatalan Everwild juga mengejutkan kerana ia telah menjalani proses pembangunan selama beberapa tahun di Rare, studio yang cukup ternama. MMORPG Blackbird daripada pembangun Elder Scrolls Online turut dibatalkan Selain itu King, yang menerbitkan Candy Crush pula membuang 200 pekerja
Kesemua pembuangan pekerja dan pembatalan permainan di bawah panji Xbox ini dilakukan selepas Microsoft menyerah kalah kepada PlayStation dalam perang konsol generasi semasa.
Permainan eksklusif Sea of Thieves, Forza dan Gears of Wars kini sudah pun ditawarkan di PlayStation.
Projek konsol mudah alih Xbox juga dibatalkan dengan ia digantikan dengan ROG Xbox Ally menerusi kerjasama ASUS.
Microsoft masih lagi syarikat dengan nilai pasaran kedua tertinggi dunia di belakang NVIDIA.
Keuntungan meningkat tahun lalu tetapi seperti yang lazim dilihat, syarikat mencatatkan keuntungan bukan jaminan kakitangan tidak akan dibuang secara pukal. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Perfect Dark
#buang pekerja
#Xbox
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan