GADGETS
Microsoft dakwa tiada bukti teknologinya digunakan Israel untuk serang Gaza

Kenyataan ini dikeluarkan selepas kecaman terhadap kontrak $133 juta Microsoft dengan Israel, serta laporan peningkatan besar penggunaan Azure dan AI oleh Israel selepas serangan Hamas pada Oktober 2023. -Gambar fail/Reuters
MICROSOFT hari ini menerbitkan kenyataan mengatakan mereka tidak menemukan sebarang bukti teknologi Azure dan kecerdasan buatan (AI) digunakan oleh Israel untuk mencederakan warga Gaza.
Ringkasan AI
- Microsoft menyatakan tidak menemukan bukti teknologi Azure dan AI mereka digunakan oleh Israel untuk mencederakan warga Gaza, hasil siasatan dalaman melalui temu bual dan semakan dokumen.
- Kenyataan ini dikeluarkan selepas kecaman terhadap kontrak $133 juta Microsoft dengan Israel, serta laporan peningkatan besar penggunaan Azure dan AI oleh Israel selepas serangan Hamas pada Oktober 2023.
- Beberapa kakitangan Microsoft dan Google dipecat kerana membantah penggunaan teknologi syarikat mereka oleh Israel, yang dikaitkan dengan tindakan terhadap warga Palestin.
Sungguhpun begitu firma luaran manakah yang dilantik untuk melakukan siasatan tidak pula dikongsi oleh Microsoft.
Microsoft menerima tumpuan selepas laporan AP mendapati Israel meningkatkan penggunaan perkhidmatan Azure dan AI Microsoft selepas diserang Hamas pada 7 Oktober 2023.
Dalam laporan sama, penggunaan didapati meningkat hampir 200 kali ganda daripada kebiasaan sehingga mengambil ruang storan 13.6 petabyte.
Bukanlah rahsia Israel menggunakan kecerdasan buatan untuk memantau pergerakan dan komunikasi warga Palestin menggunakan alasan “menjaga keselamatan”.
Tiada kecaman daripada negara Barat apabila ia dilakukan oleh Israel sedangkan China dituduh melanggar hak asasi manusia kerana melakukan perkara sama.
Sejumlah kakitangan Microsoft telah dipecat kerana melakukan bantahan secara terbuka teknologi Microsoft digunakan Israel untuk melakukan genosid di Gaza.
Selain Microsoft, Google juga memecat puluhan kakitangan yang menentang penggunaan teknologi Project Nimbus oleh Israel tahun lalu. -Amanz

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami