Miliki iPhone 15 pada kadar bayaran ansuran terendah dengan data 5G dan kelajuan tanpa had bersama rangkaian telekomunikasi terpantas di Malaysia.
Ya, benar. Yes 5G daripada YTL Communications mengorak langkah sebagai peneraju rangkaian di negara ini dengan mengumumkan rakan rangkaian terbaharu mereka, Apple.
Kerjasama unggul itu menghasilkan tawaran menakjubkan yang tidak hadir dari mana-mana rangkaian lain iaitu ansuran serendah RM21 untuk 36 bulan dengan kadar faedah sifar.
Pada masa sama, tiada bayaran pendahuluan diperlukan, tiada cas tambahan untuk 5G tanpa had, serta pelbagai lagi faedah sampingan.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata, barisan iPhone terbaharu memerlukan rangkaian 5G terbaik di negara ini dan sudah pastinya Yes 5G adalah jawapannya.
“Apabila kami memiliki rangkaian termoden dan tercanggih, bebas legasi, maka kami mempunyai kos unit yang lebih rendah untuk mengoperasikan rangkaian ini.
“Oleh kerana penambahbaikan unit kos yang kami miliki mengatasi para pesaing kami dalam bentuk struktural, kami berupaya untuk menurunkan kos untuk semua orang.
“Saya boleh katakan kami sangat jujur dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi,” katanya ditemui selepas majlis “Yes 5G: The Next Chapter” di Sentul Pavilion pada Khamis.
Yes 5G diperakui sebagai rangkaian telekomunikasi terpantas Malaysia oleh OOKLA untuk dua tahun berturut-turut (2022 dan 2023), malah dikatakan antara yang terpantas di dunia.
Kata Wing, ia satu pencapaian hebat hasil kerja keras DNB selaku hos rangkaian yang memastikan rangkaian 5G dapat meliputi seluruh negara secepat yang mungkin.
Mengapa perlu 5G sedangkan rangkaian 4G masih tidak meluas? Ini jawab Wing:
“Kelajuan biasa 5G adalah 485Mbps, dibanding dengan kelajuan 4G ini adalah 13 ke 14 kali lebih pantas.
“Terima kasih kepada pasukan DNB, kini kita mempunyai kelajuan berkelas dunia pada 70 peratus liputan populasi yang bermaksud majoriti rakyat negara ini sudah mengalami keupayaan rangkaian 5G dan mereka mensasarkan liputan 80 peratus menjelang akhir tahun ini.
“Jika dibandingkan dengan bagaimana 4G dilancarkan, ia mengambil masa 13 ke 14 tahun untuk mencapai tahap sepertimana hari ini tetapi DNB berjaya melakukannya untuk 5G dalam tempoh dua tahun sahaja.”
Bukan itu sahaja.
Pada 11 November 2023, Yes 5G akan mengadakan Yes 11.11 Sales Day untuk memberi peluang kepada anda yang bertuah untuk memiliki Apple iPhone 15 dan iPhone 15 Plus pada harga hanya RM1, untuk jumlah dan tempoh yang terhad.
Mereka juga menawarkan hadiah istimewa bernilai lebih RM20,000, antaranya aksesori Apple seperti AirPods (Generasi Ke-3) dan kad hadiah langganan sebulan Nvidia GeForce. *(Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI)
Seiring dengan visi mereka ‘5G Untuk Semua’, Wing percaya teknologi 5G bukan sahaja untuk manfaat pengguna malah mempunyai peranan luar biasa yang boleh dimainkan untuk membantu perkembangan ekonomi negara.
Maka tumpuan mereka seterusnya adalah untuk membantu proses pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menuju prestasi yang lebih berkualiti tinggi.
“Ini adalah cabaran seterusnya bagi kami, untuk menambah baik infrastruktur ekonomi bermula dari asas.”