Pada umur hampir seratus tahun, Minah Yusof merupakan jemaah paling tua dari Malaysia yang mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.

Dengan bantuan anaknya Fatimah Sudin, 68, Minah bertekad untuk mengerjakan segala rukun dan wajib haji sehingga sempuruna ibadat hajinya.

Minah yang berasal dari Kg Sungai Ujong, Dungun, Terengganu banyak berdiam diri dan menggunakan masa-masa di tanah suci dengan berzikir dan berdoa di bilik penginapannya.

Fatimah sentiasa bersama ibunya dan mengambil berat tentang pengurusan peribadi dan keselesaan ibunya semasa di tanah suci.

Keinginan untuk mengerjakan haji tidak dapat ditunaikan lebih awal kerana kekangan hidup sehinggalah penabungannya cukup apabila sebidang tanah dijual.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.