Skip to main content

Malaysia

Mindanao dilanda gempa M5.0, tiada laporan kerosakan

Sumber: MetMalaysia
Pusat gempa terletak pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 125.5 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer, kira-kira 133 kilometer tenggara dari Koronadal City. - Foto X/MetMalaysia

DAVAO: Satu gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.0 melanda wilayah Mindanao, Filipina pada jam 12:49 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 125.5 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer, kira-kira 133 kilometer tenggara dari Koronadal City.

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan di kawasan terjejas.

Bagaimanapun, MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan berhampiran pusat gempa agar terus berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan.
 

 

Must Watch Video

Advertisement