Kementerian Pertahanan Malaysia memberi tumpuan kepada tiga perkara utama dalam menyertai operasi MH17 di Ukraine - memasuki tapak nahas, menjaga keselamatan anggota pasukan serta memastikan serpihan dan tapak nahas tidak diganggu atau dicemari.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata peluang memasuki tapak nahas memerlukan pendekatan diplomasi kerana kawasan itu dikawal oleh pihak pemisah.
Beliau berkata Wisma Putra, yang turut menyertai operasi itu, akan membantu dalam perbincangan diplomasi.
Hishammuddin berkata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan ke ibu negara Ukraine, Kiev, untuk berunding dalam usaha memudahkan kerja-kerja pasukan penyiasatan Malaysia.
"Waktu (memasuki tapak nahas) akan bergantung kepada perbincangan Liow di Kiev," katanya kepada pemberita selepas menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menemui waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di sebuah hotel di sini, hari ini.
Hishammudin berkata kerjasama antarabangsa juga akan memudahkan usaha pasukan Malaysia memasuki tapak nahas itu.
"Kami tumpu kepada tiga perkara - memasuki tapak nahas dan memastikan pasukan kita ke sana dengan selamat serta memastikan serpihan tidak dicemari. Kami mahu menyiasat insiden ini secara menyeluruh," kata beliau.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang ditemui pemberita selepas pertemuan itu, berkata Malaysia mahu mendapatkan kerjasama kerajaan Ukraine untuk berbincang dengan pihak pemberontak bagi membolehkan pasukan Malaysia memasuki tapak nahas itu dengan selamat.
"Kita meminta kerajaan Ukraine berbincang dengan pihak pemberontak bagi mendapatkan kerjasama sekurang-kurangnya untuk membawa keluar mayat-mayat mangsa," katanya.
Beliau berkata siasatan ke atas insiden itu tidak mudah dilakukan.
"Kita semua marah (dengan insiden ini) tetapi kita perlu bekerja bersama," katanya.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran dengan sempadan Rusia, pada Khamis lepas.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.
Sebelum ini, Najib berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak jatuh.
Bernama
Sat Jul 19 2014
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengiringi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Hotel Sama Sama.
Sidang Kemuncak Keamanan Ukraine sokong deklarasi akhir
Sidang kemuncak keamanan Ukraine yang berlangsung selama dua hari di Burgenstock, Switzerland berakhir pada Ahad dengan sokongan terhadap deklarasi akhir.
AWANI Ringkas: Curi kabel: Kerajaan pertimbang hukuman lebih berat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham
Seorang akauntan kerugian lebih RM2.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.
Rumah didiami tujuh sekeluarga terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun dua daripada mereka dilaporkan mengalami tekanan darah tinggi dan cedera ringan.
Vietnam sasar pasaran halal
Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam komited untuk membangunkan rangka kerja perundangan yang menyokong kerjasama antarabangsa dalam membangunkan industri halalnya.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Vietnam komited bangunkan industri halal
Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam komited untuk membangunkan rangka kerja perundangan yang menyokong kerjasama antarabangsa dalam membangunkan industri halalnya.
Menurut agensi berita Vietnam, ini termasuk rundingan dan menandatangani perjanjian perdagangan serta memudahkan perkongsian dengan organisasi dan pengedar di Indonesia, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut agensi berita Vietnam, ini termasuk rundingan dan menandatangani perjanjian perdagangan serta memudahkan perkongsian dengan organisasi dan pengedar di Indonesia, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Tun Wan Junaidi solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Sarawak
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Pukul tukang pasang mozek, pecah cermin van gara-gara cemburu
Seorang lelaki memukul tukang pasang mozek hingga cedera dan memecahkan cermin hadapan van gara-gara cemburu mangsa kerap keluar dengan isterinya.
Dua ekor lembu sesat di lebuh raya
Rata-rata pengguna lebuh raya berkenaan terkejut apabila dua ekor lembu berada di laluan itu semasa aliran trafik sedang sibuk.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).