awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mindef tunggu kelulusan perolehan tiga kapal LMS

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2023
11:23 MYT
Mindef tunggu kelulusan perolehan tiga kapal LMS
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Kementerian Pertahanan telah memohon tiga buah kapal LMS yang dilengkapi dengan keupayaan lebih canggih berbanding LMS sedia ada. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) masih menunggu kelulusan daripada kerajaan bagi perolehan kumpulan kedua Kapal Misi Pesisir (LMS).
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kementerian telah memohon tiga buah kapal LMS yang dilengkapi dengan keupayaan lebih canggih berbanding LMS sedia ada.
"Kita telah membuat permohonan kepada kerajaan baru-baru ini dan Insya-Allah kalau ada rezeki, saya minta supaya Yang Berhormat semua menyokong permohonan kita kepada kerajaan untuk memperoleh tiga buah LMS.
"LMS batch 2 yang lebih canggih iaitu mempunyai keupayaan surface to surface missile, dan surface to air missile tetapi tidak ada torpedo atau yang lain," katanya ketia menggulung perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) berhubung keperluan perolehan LMS sementara menunggu Kapal Tempur Pesisir (LCS) dapat disiapkan.
Sebelum ini, media melaporkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih berusaha untuk memastikan perolehan tiga buah kapal kumpulan kedua LMS dapat direalisasikan segera.
Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Oktober tahun lalu menyatakan permohonan telah dibuat kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan perolehan tersebut.
Difahamkan, perolehan tiga kapal LMS berkenaan dijangka memerlukan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion.
Mengulas lanjut, Mohamad (BN-Rembau) berkata, kerajaan juga sedang berunding antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang mempunyai kepakaran untuk membuat reka bentuk kapal.
"Kita buat terus dari negara yang boleh mengeluar model atau reka bentuk sendiri dan itu akan mempercepat proses perolehan dan mengurangkan risiko jika terdapat kelewatan dalam pembinaannya jika di limbungan kapal yang bukan mempunyai rekabentuk sendiri," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Perolehan LMS
#aset pertahanan negara
#Mohamad Hasan
#kapal misi pesisir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan