awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mini 'Dhaka': Warga asing suka buat kacau, kerosakan harta benda

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2023
08:54 MYT
Mini 'Dhaka': Warga asing suka buat kacau, kerosakan harta benda
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di Jalan Silang, di sini, pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kebanjiran warga asing di sekitar Jalan Silang,di sini didakwa sering membuat kekacauan serta kerosakan harta benda hingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan peniaga tempatan.
Peniaga, Alona Passio, 42, berkata, hampir keseluruhan premis di situ menggajikan warga asing yang kebanyakannya terdiri daripada warga Bangladesh dan Nepal.
"Mereka (warga asing) kerap membuat bising dan bergaduh terutamanya ketika mabuk, khemah saya juga pernah patah akibat pergaduhan mereka.
“Malah, ada yang lagak macam orang sini hingga kita rasa tidak selesa,” katanya ketika ditemui di Jalan Silang, pada Khamis.
Dia turut mendakwa, kebanyakan premis dimonopoli oleh warga asing yang disewakan pemilik asal.


Operasi diadakan di Jalan Silang, pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Operasi diadakan di Jalan Silang, pada Khamis. - Foto Sinar Harian
“Ini kali pertama operasi terbesar pernah saya lihat sejak berniaga kira-kira 11 tahun lalu.
"Bagus juga operasi ni kerana di sini menjadi lokasi tumpuan warga asing terutamanya pada hujung minggu,” katanya.
Sementara itu, seorang pekerja yang enggan dikenali terkejut dengan kehadiran polis pada jam 11 pagi malah beberapa rakan sekerjanya turut ditahan polis kerana isu dokumentasi.
“Operasi sebegini perlu dilakukan sejak dahulu lagi bagi menangani isu kebanjiran warga asing di sekitar ini,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#operasi Jalan Silang
#warga asing
#peniaga tempatan
#cetus kekacauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan