awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dollah Salleh dilantik Penolong Pengarah Teknikal NFDP
Gagal siapkan penghakiman tepat masa, berundur adalah pilihan bermaruah - Ketua Hakim Negara
Trump isytihar beliau sebagai pemangku Presiden Venezuela di media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minuman berperisa disyaki mengandungi dadah, 34 ditahan

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
01/10/2018
10:56 MYT
Minuman berperisa disyaki mengandungi dadah, 34 ditahan
Mohamad Salleh menunjukkan boto dan paket air minuman yang disyaki mengandungi pelbagai jenis dadah. - Astro AWANI
Polis telah menahan 34 orang termasuk dua ahli sindiket yang terlibat dalam penjualan minuman berperisa yang disyaki mengandungi dadah dalam dua serbuan di sekitar Dang Wangi di ibu negara, Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, pihaknya turut merampas 181 botol air minuman dan 408 paket minuman disyaki mengandungi pelbagai jenis dadah bernilai RM230,000.
"Operasi dua jam yang bermula dari 2.30 pagi itu dijalankan JSJN Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Lokasi serbuan melibatkan sebuah pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen dan sebuah tempat letak kereta di kawasan Dang Wangi.
"Pusat hiburan itu sebelum ini pernah diperiksa lima kali tahun ini, namun mereka masih melakukan kegiataan berkenaan kerana pulangan yang lumayan," kata Mohamad Salleh dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Setakat ini, 32 suspek direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua lagi suspek direman tujuh hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.
Sementara itu, dalam operasi yang sama, polis juga telah membuat pemeriksaan ke atas 56 warga asing dan menahan 10 individu berumur antara 21 hingga 30 tahun.
Katanya, kesemua yang ditangkap direman 14 hari.
Topic Berkaitan
#air minuman
#Bukit Aman
#Dadah
#Dang Wangi
#mohamad salleh
#polis d7
#polis narkotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan