awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi GSF: Kerajaan jamin usaha maksimum bebaskan delegasi Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2025
04:20 MYT
Misi GSF: Kerajaan jamin usaha maksimum bebaskan delegasi Malaysia
ANWAR: Saya memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa usaha membawa pulang aktivis dan sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara sedang giat dijalankan.
Menurut beliau, pihaknya telah berhubung dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung situasi delegasi Malaysia yang terlibat.
"Saya memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi.
“Saya turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia dan meminta agar keadaan kesihatan serta kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar yang juga Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi.
Terdahulu, Sani Araby dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau dihubungi Anwar jam 8.10 pagi ini.
“Beliau (Anwar) bertanya khabar mengenai keadaan keluarga aktivis, kesihatan mereka, serta meminta saya menyampaikan salam beliau selain memberi jaminan penuh terhadap usaha kerajaan,” katanya.
Tambahnya, Anwar turut mengadakan rundingan diplomatik dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#GSF
#Sani Araby Abdul Alim Araby
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan