KUALA NERUS: Kerajaan Persekutuan berazam untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu dalam tempoh dua bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata agensi Kerajaan Persekutuan telah diarahkan untuk membuat gerak kerja dengan kerajaan negeri, bagi memastikan kemiskinan tegar di Terengganu dapat dinoktahkan dalam tempoh yang diberikan itu.
"Takkanlah dengan kekayaan seluruh agensi, (dan) kementerian tidak boleh tolong lebih 1,000 keluarga ini supaya selamat daripada miskin tegar. Maknanya tidak cukup makan, tidak ada pakaian untuk anak-anak dan susah untuk beli uniform (pakaian seragam) untuk anak-anak ke sekolah.
"Dengan syarat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu bekerjasama sepenuhnya untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Majlis anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Terengganu itu, dimeriahkan dengan kehadiran lebih 15,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.
Dalam pada itu, Anwar menyeru kepada rakyat khususnya di Terengganu supaya menolak tohmahan kononnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi perhatian kepada negeri tersebut, kerana ia ditadbir oleh pihak pembangkang.
Malah beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi keutamaan, serta mengarahkan supaya projek-projek untuk kepentingan rakyat di negeri ini termasuk tebatan banjir, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan prasarana disegerakan.
"Kalau tidak, MADANI ini tiada maknanya jika tidak diberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat," katanya.
Anwar berkata kerajaan pusat juga sentiasa melakukan pemantauan, bagi memastikan projek-projek di Terengganu seperti tebatan banjir dilaksanakan mengikut jadual.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyeru kepada kerajaan negeri supaya berbincang dengan pihak berkaitan seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengenai potensi pelaburan domestik dan asing yang boleh dibawa masuk ke Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Anwar berkata agensi Kerajaan Persekutuan telah diarahkan untuk membuat gerak kerja dengan kerajaan negeri, bagi memastikan kemiskinan tegar di Terengganu dapat dinoktahkan dalam tempoh itu. - Bernama
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Pahang berjaya noktahkan kemiskinan tegar - MB
Pahang berjaya menoktahkan kemiskinan tegar semalam selari dengan aspirasi kerajaan sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Johor tidak sepatutnya dibelenggu miskin tegar - Onn Hafiz
Kerajaan Johor menegaskan negeri ini sepatutnya tidak mempunyai rakyat yang dibelenggu kemiskinan tegar.
Miskin tegar di Terengganu akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan
Setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.
Miskin tegar di Pulau Pinang bakal diselesaikan sepenuhnya hujung Mei ini
Kemiskinan tegar di Pulau Pinang dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya akhir bulan ini hasil usaha dan inisiatif kerajaan Persekutuan.
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
KUSKOP, Sekretariat SMJ bincang intervensi tangani miskin tegar Sabah - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) akan berbincang mengenai intervensi menangani kemiskinan tegar di negeri ini.