awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri air berwarna merah di Taman Tasik Seremban terungkai

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2022
21:45 MYT
Misteri air berwarna merah di Taman Tasik Seremban terungkai
Air berwarna merah yang mengalir ke tasik dekat Taman Tasik Seremban di sini, yang dirakam dan tular sejak pagi Khamis. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Air berwarna merah yang mengalir ke tasik dekat Taman Tasik Seremban di sini, yang dirakam dan tular sejak pagi Khamis sebenarnya adalah air sirap dari sebuah dewan.
Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pihaknya menerima aduan menerusi video berdurasi 33 saat di aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan berlaku pencemaran sekitar jam 11.30 pagi di kawasan tasik berkenaan.
Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menghantar pasukan ke lokasi kejadian dan pegawai penyiasat menyusuri longkang yang ada berpandukan kepada video aduan.
"Hasil siasatan mendapati air berwarna merah terbabit adalah air basuhan sisa makanan dan minuman berpunca dari pihak katering yang menyediakan perkhidmatan di Dewan Pekerti," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, ketika lawatan JAS, premis itu tidak beroperasi dan sedang menjalankan kerja pembersihan.
"Siasatan lanjut mendapati air berwarna merah adalah berpunca dari kerja pembersihan tong kordial air minuman sirap.
"Hasil temu ramah bersama pekerja syarikat katering terbabit, pegawai penyiasat JAS diberitahu bahawa sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pernah membuat pemeriksaan di premis berikutan aduan pelepasan minyak ke dalam longkang.
"Pihak katering sudah membuat penambahbaikan dengan memasang perangkap minyak," katanya.
Katanya, JAS memanjangkan aduan dan hasil siasatan yang dilakukan kepada pihak MBS untuk tindakan lanjut.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Taman Tasik Seremban
#air sirap
#Air berwarna merah
#Dewan Pekerti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan