awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI belum lantik pengerusi baharu HDC - Tengku Zafrul

Faida Rahim
Faida Rahim
28/05/2025
07:47 MYT
MITI belum lantik pengerusi baharu HDC - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, ketika ini MITI masih belum melantik pengerusi baharu HDC susulan penamatan kontrak selepas dua tahun perkhidmatan Khairul Azwan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih belum melantik pengerusi baharu Halal Development Corporation (HDC) susulan penamatan kontrak selepas dua tahun perkhidmatan Khairul Azwan Harun.

Ringkasan AI
  • MITI masih belum melantik pengerusi baharu HDC selepas kontrak Khairul Azwan Harun tamat pada 17 Mei 2025, kerana sedang menilai penggabungan HDC dan penubuhan Suruhanjaya Halal.
  • Khairul Azwan telah berkhidmat sebagai Pengerusi HDC selama dua tahun, dan MITI merakamkan penghargaan atas sumbangannya dalam pembangunan ekosistem halal Malaysia.
  • HDC kekal sebagai peneraju utama industri halal, dengan fokus kepada pembangunan ekosistem dan infrastruktur halal yang bersepadu dan komprehensif.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz bagaimanapun merakamkan ucapan terima kasih kepada Khairul Azwan atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi HDC.
"Pengerusi HDC telah tamat kontraknya, kita tidak sambung kerana kita nak lihat dan belum melantik pengerusi baru...kita nak lihat bagaimana penggabungan HDC melibatkan penubuhan Suruhanjaya Halal sama ada diluluskan atau tidak oleh Kabinet," katanya.
Beliau berkata demikian selepas ASEAN-GCC Economic Forum 2025, di sini pada Rabu.
Khairul Azwan memegang jawatan berkenaan mulai 18 Mei 2023 dan menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi HDC berkuat kuasa 17 Mei 2025.
Beliau memiliki ijazah sarjana dalam pengurusan daripada Open University Malaysia dan pernah mengikuti kursus kepimpinan global di Harvard Kennedy School of Government, Amerika Syarikat (AS).
HDC adalah peneraju utama kepada pembangunan ekosistem dan infrastruktur halal yang bersepadu dan komprehensif bagi meletakkan Malaysia ke arah negara paling berdaya saing menerajui industri halal global.
Topic Berkaitan
#MITI
#Halal
#pelaburan
#Halal Development Corporation
#Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan