NATIONAL
MITI lakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen esok

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI telah menerima input daripada kementerian dan pihak-pihak terkait, serta pandangan bernas Ahli-Ahli Parlimen daripada Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC). - Foto Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah melakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen berhubung kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.
Ringkasan AI
- MITI sudah buat persiapan akhir untuk sidang khas Parlimen esok tentang tarif balas AS terhadap eksport Malaysia.
- Sidang khas ini akan bincang kesan ekonomi dan langkah tindak balas Malaysia secara menyeluruh.
- Parlimen juga akan dengar laporan hasil rundingan dua hala dan strategi kerajaan hadapi isu ini.
Sidang khas Parlimen pada Isnin bertujuan membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan juga industri.
Sesi itu dijangka menampilkan perbahasan menyeluruh apabila penggubal undang-undang mempertimbangkan implikasi keputusan AS itu serta pilihan diplomatik dan ekonomi yang akan diambil Malaysia.
Sidang khas 5 Mei yang diadakan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan menjadi platform utama untuk para menteri memberi taklimat kepada Parlimen tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan dan hasil daripada perbincangan dua hala baru-baru ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami