KOTA KINABALU: Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) mengendors langkah mendapatkan semula 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata isu itu dibincangkan secara terperinci dan diendors pada mesyuarat kelima Majlis Khas itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.
"Namun, lebih banyak (sesi) libat urus diperlukan berkaitan isu tersebut, terutama dalam kalangan penggubal dan pengamal undang-undang yang berkhidmat di Borneo," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Berdasarkan pengiraan terkini, 166 atau 75 peratus daripada 222 kerusi Parlimen adalah di Semenanjung Malaysia, manakala baki 25 peratus atau 56 kerusi adalah untuk negeri-negeri Borneo iaitu Sarawak (31) dan Sabah (25).
Endorsmen oleh MKMA63 itu bakal membolehkan Sabah dan Sarawak memiliki 78 daripada 222 kerusi.
Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata penggubal undang-undang dari Sabah dan Sarawak telah menuntut semakan semula terhadap bilangan kerusi Parlimen untuk kedua-dua negeri itu.
Beliau berkata pada 1963, Sabah mempunyai 16 kerusi, Sarawak (24) dan Singapura (15) iaitu mewakili 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen ketika itu, manakala baki 65 peratus atau 104 kerusi adalah milik Tanah Melayu.
"Tanah Melayu secara sendiri tidak mempunyai majoriti dua pertiga. Oleh sebab itu apabila Singapura meninggalkan Malaysia pada 1965, kerusi (Parlimen) kepunyaan Singapura sepatutnya diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk memenuhi perwakilan 35 peratus," katanya dan menambah langkah pengembalian kerusi itu telah diperakui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 2012.
Ongkili menambah tugas utama ialah meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya, namun menekankan bahawa isu itu patut diperjuangkan kerana ia selari dengan usaha pengembalian hak MA63.
MKMA63 yang dibarisi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg, menteri kanan Persekutuan dan negeri serta pegawai kanan kerajaan, turut dimaklumkan bahawa kedua-dua negeri itu akan menerima pertambahan doktor dan jururawat tidak lama lagi, selain kemudahan perubatan.
"Serta dalam pelaksanaan ialah rancangan untuk membaik pulih hospital dan klinik usang di kedua-dua negeri dan memastikan bilangan pakar yang mencukupi di semua pusat kesihatan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022
Ongkili berkata isu itu dibincangkan secara terperinci dan diendors pada mesyuarat kelima Majlis Khas itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya. - Gambar fail
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.