awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKN mohon Sarawak pendekkan tempoh kuarantin 14 hari bagi sambutan Krismas

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
15/12/2020
13:31 MYT
MKN mohon Sarawak pendekkan tempoh kuarantin 14 hari bagi sambutan Krismas
Ismail pada masa mengakui SOP yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berjaya mengawal penularan COVID-19 di negeri itu. - Foto: Bernama
KUALA LUMPUR:Kerajaan memohon agar kerajaan negeri Sarawak melonggarkan syarat kuarantin 14 hari yang dilaksanakan ketika ini menjelang sambutan Krismas.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia bagi memberi peluang kepada rakyat negeri itu untuk pulang bagi menyambut Hari Krismas tidak lama lagi.
"Ramai yang mengadu kepada kerajaan dan berharap prosedur operasi standard (SOP) di negeri berkenaan dapat dilonggarkan.
"Kita faham kuarantin 14 hari dikenakan terhadap individu dari Semenanjung untuk masuk ke negeri itu bagi mengekang penularan COVID-19 terutama di kawasan pedalaman.
"Kita berharap kerajaan Sarawak dapat membuat pengumuman mengenai permohonan itu,” beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan media berkenaan SOP tempoh kuarantin selama 10 hari bagi mereka yang hendak pulang sempena Krismas.
Ismail pada masa mengakui SOP yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berjaya mengawal penularan COVID-19 di negeri itu.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#kerajaan negeri Sarawak
#kuarantin
#Krismas
#Menteri Kanan Pertahanan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan