awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKN tolak permohonan rentas daerah di Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
23/02/2021
05:19 MYT
MKN tolak permohonan rentas daerah di Melaka
Pada Jumaat, kerajaan negeri Melaka telah membuat permohonan rasmi untuk membenarkan aktiviti rentas daerah dalam negeri ini bagi memulihkan semula ekonomi negeri. - Gambar hiasan/BERNAMA
AYER KEROH: Majlis Keselamatan Megara (MKN) menolak permohonan kerajaan negeri Melaka untuk membenarkan aktiviti rentas daerah di negeri itu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bagaimanapun berkata, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat.
Beliau berkata, pihaknya sebelum ini mengemukakan permohonan untuk melonggarkan syarat tersebut memandangkan Melaka sebuah negeri yang kecil selain mahu menggalakkan pelancongan dalam negeri dan meningkatkan semula sektor itu.
“Kementeriaan tidak benarkan, tunggulah sampai ianya dibenarkan. Saya kalau boleh dibenarkan saya hendak pelancong domestik ini kita boleh membantu meningkatkan sektor pelancongan Melaka, tetapi saya sudah mohon, masih belum lagi dibenarkan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Projek Tanaman Cili Menggunakan Teknologi Hijau di Bandar Hijau, di sini pada Selasa.
Terdahulu, pada Jumaat, kerajaan negeri Melaka telah membuat permohonan rasmi untuk membenarkan aktiviti rentas daerah dalam negeri ini bagi memulihkan semula ekonomi negeri.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, permohonan itu dibuat memandangkan Melaka sebuah negeri yang yang kecil yang hanya mempunyai tiga daerah.
Katanya, permintaan itu juga selari dengan tahap kepatuhan tinggi yang ditunjukkan penduduk Melaka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan tahun lalu apabila menduduki tangga ketiga kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tertinggi dengan 98 peratus.
Topic Berkaitan
#MKN
#PKP
#PKPB
#sektor pelancongan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#perintah kawalan pergerakan
#pelancong
#pelancongan
#Ketua Menteri
#Sulaiman Md Ali
#Ketua Menteri Melaka
#rentas daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan