awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Model pergerakan boleh jadi petunjuk baru pencarian MH370

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2015
15:37 MYT
Model pergerakan boleh jadi petunjuk baru pencarian MH370
Kapten (B) Rahmat Omar berkata, daripada model pergerakan itu, siasatan mungkin akan dapat difokuskan dengan lebih baik lagi di kawasan pencarian yang ada sekarang.
Model pergerakan bahagian pesawat boleh menjadi petunjuk kepada pencarian Penerbangan Malaysia MH370, kata Kapten (B) Rahmat Omar, Bekas Penyiasat Penerbangan TUDM.
Menurut beliau, daripada model pergerakan itu, siasatan mungkin akan dapat difokuskan dengan lebih baik lagi di kawasan pencarian yang ada sekarang.
"Apa yang perlu dilakukan ialah melihat kembali drift model (model pergerakan) berdasarkan kepada bahagian pesawat yang ditemui, berat dan sebagainya, dan lihat berapa lama ia telah hilang serta punca bahagian ini sebenarnya mula bergerak 17 bulan yang lalu," katanya kepada Astro AWANI.
Bagaimanapun katanya, semua pihak perlu menunggu dengan lebih lanjut lagi pengesahan daripada pasukan penyiasat di Perancis.
BACA: Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini
Pasukan pencarian Australia pada Jumaat berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ sisa pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar pada Khamis adalah dari pesawat MH370 dan proses identifikasi akan diperolehi dalam masa 24 jam.
Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss memaklumkan penemuan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah konsisten dengan kawasan pencarian sebelum ini.
Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari tidak menjumpai serpihan pesawat MH370.
Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.
Topic Berkaitan
#MH370
#model pergerakan
#penyiasat
#Perancis
#rahmat omar
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan