awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF, MoT, agensi berkaitan akan bincang model pembiayaan LRT Pulau Pinang - Loke

Bernama
Bernama
12/05/2023
08:10 MYT
MoF, MoT, agensi berkaitan akan bincang model pembiayaan LRT Pulau Pinang - Loke
Loke berkata MoF telah memanggil wakil daripada Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), MoT dan agensi berkaitan bagi membincangkan perkara tersebut. - Fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pengangkutan (MoT) dan agensi-agensi berkaitan dijangka mengadakan siri mesyuarat pada minggu depan bagi membincangkan model pembiayaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Bercakap kepada pemberita di luar Persidangan Undang-Undang dan Perniagaan Maritim 2023 ketiga hari ini, beliau berkata MoF telah memanggil wakil daripada Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), MoT dan agensi berkaitan bagi membincangkan perkara tersebut.
Pada minggu lepas, kerajaan Persekutuan mengumumkan kesediaan untuk memberikan dana tambahan bagi mempercepatkan penyiapan projek LRT Pulau Pinang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri itu.
Projek berkenaan adalah satu daripada komponen utama Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), dengan laluan LRT dirancang menghubungkan Bayan Lepas dengan persimpangan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Sementara itu, mengulas dakwaan berhubung cadangan untuk melantik Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng sebagai pengerusi baharu Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Loke menegaskan bahawa kuasa untuk melantik pengerusi KTMB terletak di bawah bidang kuasa MoF.
"Saya tidak menerima sebarang maklumat (berkenaan pelantikan ini). KTMB berada di bawah MoF. Oleh itu, sebarang cadangan akan dibawa kepada kementerian tersebut. Setakat ini, saya masih belum menerima sebarang maklumat berkenaan apa-apa cadangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT Pulau Pinang
#Anthony Loke
#Kementerian Kewangan
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan