Kementerian Kewangan selar tindakan sebuah akhbar arus perdana yang jadi agen penyebar berita palsu melalui laporan eksklusif muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, media tidak sepatutnya menjadi senjata untuk mempromosikan projek swasta yang belum mendapat kelulusan atau belum dipertimbang oleh kementerian berkaitan, Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
“Biarpun tidak ada sebarang pengesahan, namun akhbar milik MCA itu memilih untuk menyiarkan berita mengenai dua cadangan pembinaan lapangan terbang di Pulau Pinang.
“Kedua-dua Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Pulau Pinang serta Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan juga tidak tahu-menahu mengenai projek yang dimaksudkan.
“Malah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri mengesahkan dia hanya membaca cadangan berkenaan melalui laporan media,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Ini jelas bertentangan dengan apa yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan yang turut membuat spekulasi bahawa salah satu penaja projek sudah membentangkan cadangan itu kepada Perdana Menteri pada 14 Januari lalu.
BACA: Kerajaan P. Pinang tidak tahu menahu cadangan lapangan terbang baharu - Ketua Menteri
Guan Eng berkata, Kerajaan menerima pelbagai cadangan yang mendakwa mempunyai sokongan kewangan bernilai ratusan bilion ringgit, namun itu semua perlu dinilai dan diselidik secara terperinci bagi membezakan antara yang tulen dan yang asli.
“Adakah (akhbar itu) akan menerbitkan semua cadangan ini sebagai tajuk muka depan setiap hari berdasarkan apa yang didakwa oleh sumber mereka semata-mata?” soalnya lagi.
Sehubungan itu katanya, Kerajaan sangat menghargai laporan yang profesional, bertanggungjawab dan beretika serta berasaskan kepada fakta.
Media juga perlu ketepikan sebarang berita tidak berasas, palsu dan tidak masuk akal yang hanya akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam serta industri.
Ujarnya, kegagalan mengambil langkah-langkah sedemikian akan menjadikan akhbar arus perdana tidak ada bezanya dengan penyebar berita palsu atau hamba kepada pihak berkepentingan yang tidak memikirkan kesan daripada tindakan mereka.
Astro Awani
Tue Jun 11 2019
GUAN ENG: Kedua-dua Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Pulau Pinang serta Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan juga tidak tahu-menahu mengenai projek yang dimaksudkan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
MOF selar akhbar arus perdana jadi ejen penyebar berita palsu
Lim Guan Eng berkata, media tidak sepatutnya menjadi senjata untuk mempromosikan projek swasta yang belum mendapat kelulusan.
Kerajaan P. Pinang tidak tahu menahu cadangan lapangan terbang baharu
Kerajaan negeri bagaimanapun mengalu-alukan sebarang cadangan untuk membangunkan sebuah lapangan terbang baharu di negeri atau wilayah ini.