KUALA LUMPUR: Mogok secara tidak terancang bukan suatu jalan penyelesaian terbaik terhadap sebarang permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana profesional lain, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sebaliknya, beliau berkata permasalahan yang timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama serta cara yang lebih berhemah.
"Penganjuran mogok secara amnya boleh menyebabkan sesuatu perkhidmatan terjejas selama mana ianya dianjurkan. Lazimnya ia dianjurkan untuk menyampai mesej tertentu kepada pihak-pihak berkaitan.
"Namun, perkara ini perlu ditimbang dengan teliti. Ini memandangkan perkhidmatan kesihatan merupakan suatu perkhidmatan yang kritikal terutama kerana ia melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus akan berlangsung mogok doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini dan laman Instagram DoctorsMalaysia menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok berkenaan atau meletak jawatan secara beramai-ramai pada 1 April.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok tersebut malah hanya menerima hebahan melalui saluran media sosial sahaja.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan dari semasa ke semasa telah memberi respons terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan antaranya mewujudkan perjawatan tetap, penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan mewujudkan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya.
Beliau percaya kerajaan akan memastikan segala permasalahan dan permintaan itu diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.
"Alhamdulillah, perkhidmatan kesihatan dilihat terus diberi keutamaan sewajarnya oleh pihak kerajaan sebagaimana yang dapat kita perhatikan melalui Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI. Semoga perkhidmatan kesihatan dapat terus diperkukuhkan lagi dalam tahun mendatang," katanya.
Dr Noor Hisham berkata perkhidmatan kesihatan di negara ini perlu terus dianggap sebagai sektor yang kritikal termasuk petugas kesihatan kerana kompleksiti, cabaran, risiko dan jerih perih perlu dihadapi oleh anggota kesihatan dalam menjalankan tugasan serta tanggungjawab mereka.
"Pandemik COVID-19 telah mengajar kita bahawa tanpa sistem kesihatan yang berdaya tahan, negara tidak mungkin dapat mengawal wabak tersebut dengan baik dan orang ramai tidak mungkin dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa.
"Justeru, petugas kesihatan yang merupakan aset utama Perkhidmatan Kesihatan perlu terus diberi perhatian sewajarnya, termasuk imbuhan sewajarnya buat perkhidmatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Dr Noor Hisham percaya kerajaan akan memastikan segala permasalahan dan permintaan itu diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara. - BERNAMA

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

Musthafa Kamal yang hilang ketika umrah disahkan meninggal dunia di Makkah
Mereka sekeluarga reda dengan pemergian ayahnya itu setelah menerima pengesahan mengenainya daripada Kedutaan Malaysia pada Jumaat.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Tahanan Palestin maut di penjara Israel selepas mogok lapar 87 hari
Tahanan Palestin Khader Adnan meninggal dunia pada Isnin di penjara Israel selepas 87 hari melancarkan mogok lapar, menurut kenyataan bertulis oleh kumpulan Jihad Islam Palestin pada Selasa.

Pekerja kesihatan di UK sekali lagi adakan mogok
Pekerja kesihatan di United Kingdom (UK) kembali mengadakan mogok pada Isnin dan Selasa, selepas kesatuan sekerja menolak tawaran gaji yang dikemukakan pihak kerajaan pada bulan lalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 April 2023.

Mogok pekerja masih berlaku di beberapa lapangan terbang utama di Jerman
Operasi di dua lapangan terbang utama Jerman terjejas teruk berikutan berikutan mogok pekerja sektor awam di seluruh negara minggu lepas.

Operasi penerbangan terganggu, pekerja lancar mogok di Nigeria
Operasi penerbangan di lapangan terbang utama di seluruh Nigeria Isnin terganggu apabila pekerja penerbangan melancarkan mogok, menyebabkan penumpang domestik terkandas.

KKM sifatkan misi penganjur mogok doktor kontrak gagal
KKM mendapati hebahan Mogok Doktor Malaysia yang tular di media sosial gagal melumpuhkan perkhidmatan kesihatan seperti dirancang penganjur.

Dakwaan ugutan: Belum ada laporan daripada Mogok Doktor Malaysia - PDRM
PDRM sahkan tiada laporan diterima daripada kumpulan Mogok Doktor Malaysia terhadap pihak yang didakwa membuat ugutan.

Tiada mogok di Perak, 100 peratus doktor kontrak bertugas seperti biasa - Exco
Berdasarkan semakan, tiada seorang pun daripada 1,611 doktor kontrak di Perak yang mengambil cuti, termasuk cuti kecemasan.

Cuepacs bersolidariti bersama doktor kontrak tetapi tidak setuju tindakan mogok
Cuepacs bersolidariti dengan isu doktor kontrak namun tidak bersetuju dengan langkah kumpulan itu yang mahu melancarkan mogok di seluruh negara.

Isu doktor kontrak: Hartal Doktor Kontrak mahu jadi wakil dalam Jawatankuasa Peringkat Tertinggi
Hartal Doktor Kontrak mahu Kementerian Kesihatan (KKM) memasukkan sekretariat itu sebagai sebahagian daripada ahli dalam Jawatankuasa Peringkat Tertinggi sebagai mewakili para doktor kontrak di negar