PETALING JAYA: Ratusan penghantar makanan pada Jumaat berkumpul di pejabat pengurusan Grab di sini, bagi menyerahkan memorandum berhubung beberapa isu membabitkan kumpulan itu.
Antara isu utama yang dibangkitkan adalah soal kadar upah penghantar makanan yang telah dikurangkan.
Menurut jurucakap kumpulan berkenaan, mereka juga menuntut pengurusan Grab menilai dan menambah semula kadar bayaran mengikut jarak pengambilan dan penghantaran.
"Mengekalkan kadar bayaran tambang yang sama seperti kadar bayaran asas untuk pesanan berganda.
"Benarkan penunggang membatalkan pesanan tanpa menjejaskan ID dan peratus pembatalan 'rider'," kata jurucakap itu dalam kenyataan.
Terdahulu, beberapa kumpulan penghantar makanan dikatakan telah berkumpul di beberapa lokasi sebelum bergerak ke pejabat pengurusan Grab.
Tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap isu-isu yang berbangkit yang dikatakan menindas kumpulan penghantar makanan.
Sementara itu, Grab Malaysia menerusi satu kenyataan menjelaskan, berlaku kesilapan teknikal berhubung kadar upah yang dinyatakan.
"Telah berlaku kesilapan teknikal pada paparan kadar tambang tersebut pada Jun lalu dan fakta sebenar mengenainya telah disiarkan menerusi platform rasmi, Rakan Penghantar Grab pada 21 Julai lalu," kata Grab Malaysia.
Difahamkan, beberapa wakil penghantar makanan GrabFood turut mengadakan pertemuan bersama wakil Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi menyerahkan memorandum sama.
Hilmi Malik
Fri Aug 05 2022
Ratusan kpenghantar makanan pada Jumaat berkumpul di pejabat pengurusan Grab di Petaling Jaya, Selangor bagi menyerahkan memorandum berhubung beberapa isu membabitkan kumpulan itu. - Gambar Astro AWANI
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Korea Selatan gantung lesen dua doktor sertai mogok
Kedua-dua pegawai itu, masing-masing Kim Taek-Woo dan Park Myung-Ha menerima notis itu pada Selasa.
Pekerja lapangan terbang Frankfurt lancar mogok, penerbangan dibatalkan
Gangguan besar dijangka berlaku di Lapangan Terbang Frankfurt pada Khamis berikutan mogok kakitangan keselamatan.
Mogok kereta api berulang di Jerman
Perkhidmatan sebahagian besar rangkaian kereta api jarak jauh dan wilayah Jerman terhenti pada pagi Khamis apabila pemandu memulakan mogok 35 jam berikutan kegagalan dalam rundingan gaji.
Operasi di lima lapangan terbang Jerman terjejas akibat mogok
Di lapangan terbang Frankfurt, sehingga 90 peratus daripada 600 jadual ketibaan dan pelepasan telah dibatalkan.
Syarikat penerbangan Brazil batal penerbangan ke Argentina susulan mogok
Sehingga 20 Januari, lebih 30 penerbangan antara Brazil dan Argentina telah dibatalkan.
PM Iceland akan sertai mogok tuntut kesamarataan jantina
Wanita di seluruh Iceland pada Selasa melancarkan mogok menuntut kesamarataan jantina, protes pertama seumpamanya dalam tempoh hampir setengah abad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus
FNV menuntut gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus bagi mengimbangi inflasi pada 2023 dan indeks gaji automatik pada 2024.
Penganjur, peserta mogok lapar akan dipanggil polis
Peserta mogok lapar itu juga dilaporkan telah bersurai dan pihak polis akan memanggil mereka ini untuk membantu siasatan.
Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh
PDRM tidak menolak kemungkinan untuk menahan kumpulan perhimpunan yang masih berada di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh.
Pelakon, penulis Hollywood sertai mogok pekerjaan
Setakat ini, 65,000 ahli kesatuan pelakon secara rasmi telah menyertai mogok tersebut.