awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Asmawi ditemukan, usaha dapatkan rawatan

Bernama
Bernama
11/05/2025
10:05 MYT
Mohamad Asmawi ditemukan, usaha dapatkan rawatan
Presiden PHT Mohd Fikri Harun bersama beberapa kakitangan pengurusan telah berusaha menjejaki Mohamad Asmawi sejak videonya tular. - Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Bekas pemain hoki remaja kebangsaan Mohamad Asmawi Zaidi yang tular kerana berkeliaran di sekitar Taman Kerang, Kuantan sudah ditemukan dan akan dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Kemaman.
Presiden Persatuan Hoki Terengganu (PHT) Mohd Fikri Harun berkata beliau serta beberapa kakitangan pengurusan telah berusaha menjejaki Mohamad Asmawi sejak videonya merayau di tempat awam sambil meracau seperti orang tidak siuman tular di media sosial.
Beliau berkata ketika dijumpai, Mohamad Asmawi yang hanya berseluar panjang sedang tidur di atas lantai tanpa alas.
"Fizikalnya tampak kurus dan keadaannya juga lemah. Mawi (Mohamad Asmawi) juga tidak sedar kehadiran kami walaupun dulu cukup rapat dengan saya ketika di PHT.
"Kami tidak boleh mendekatinya secara agresif kerana bimbang Mawi akan lari ke tempat lain. Ini akan menyukarkan perancangan kami dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membawa pulang Mawi ke kampungnya di Kemaman," katanya ketika dihubungi.
Mohd Fikri berkata PHT juga merancang untuk membawa Mohamad Asmawi ke hospital bagi mendapatkan rawatan pemulihan daripada pakar.
"Menurut keluarganya, Mawi mengalami gangguan mental sudah lama dan sering berhalusinasi.
"Pelbagai usaha telah dilakukan keluarganya, namun keadaannya tidak bertambah baik dan pergerakannya juga sukar dikawal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mohamad asmawi
#bekas pemain hoki
#video tular
#gangguan mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan