MALAYSIA
Mohamad Hasan bincang konflik terkini bersama Menteri Luar Iran

Mohamad (dua, kiri) ketika pertemuan dengan Abbas Araghchi (kanan) di luar Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-51 di Istanbul, Turki. -Foto Facebook Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar semua pihak mengawal tindakan masing-masing bagi mengelak peningkatan ketegangan di Asia Barat.
Ringkasan AI
- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru semua pihak agar mengawal tindakan masing-masing bagi mengelakkan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
- Beliau menyampaikan gesaan itu semasa bertemu Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC ke-51 di Istanbul, Turki, susulan serangan udara Israel ke atas Iran.
- Ketegangan meningkat selepas Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran, mencetuskan kebimbangan dan kecaman global.
"Kedua-dua Menteri membincangkan perkembangan semasa berikutan serangan terbaharu ke atas Iran," menurut kementerian itu.
Ketegangan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara di beberapa lokasi di seluruh Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, menyebabkan Tehran bertindak balas.
Pada Ahad, Amerika Syarikat melakukan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear Iran yang mencetuskan ketakutan dan kecaman di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami