awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad hos majlis makan malam untuk rakan sejawatan ASEAN, GCC

Bernama
Bernama
24/05/2025
22:30 MYT
Mohamad hos majlis makan malam untuk rakan sejawatan ASEAN, GCC
Mohamad (lima, kiri) menjadi hos majlis makan malam untuk rakan sejawatnya dari semua negara anggota ASEAN, serta Timor Leste, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk dan China di Menara 2, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi hos majlis makan malam untuk Menteri-Menteri Luar ASEAN, serta Timor-Leste, negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.
Majlis makan malam yang turut dihadiri Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dan Setiausaha Agung GCC Jasem Mohamed Albudaiwi diadakan di Menara 2, Menara Berkembar Petronas, di sini malam tadi.
Hadir sama, pegawai kanan dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Timor-Leste dan enam negara GCC, iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu.
Selepas majlis makan malam itu, Mohamad mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, yang tiba di ibu negara pagi semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bakal berlangsung di sini minggu depan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan, yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", dijangka membincangkan pelbagai isu mendesak pada peringkat serantau dan global, dengan krisis berterusan di Myanmar menjadi isu utama yang mendapat perhatian negara anggota ASEAN.
Edisi tahun ini menandakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi blok serantau itu selepas 1977, 1987, 2005, dan 2015.
Selain mesyuarat peringkat ASEAN, sidang kemuncak itu akan menyaksikan dua platform antara rantau yang penting, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung-julung kali diadakan, mencerminkan peningkatan kerjasama antara Asia Tenggara dengan rakan strategik di Teluk dan China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Sidang Kemuncak ASEAN
#ASEAN25
#ASEAN2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami