awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Yusri angkat sumpah sebagai ADUN Ayer Kuning

Bernama
Bernama
31/07/2025
14:34 MYT
Mohamad Yusri angkat sumpah sebagai ADUN Ayer Kuning
Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Foto Facebook Yusri Bakir
IPOH: Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.
"Alhamdulillah, hari ini saya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri bagi kawasan Ayer Kuning di hadapan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.
"Ini bukan sekadar satu amanah, tetapi satu tanggungjawab besar yang akan saya galas dengan penuh iltizam dan semangat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Ayer Kuning yang telah memberi kepercayaan dan mandat ini," katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.
Mohamad Yusri berazam untuk terus bekerja keras, mendengar suara rakyat serta membawa aspirasi dan keperluan masyarakat ke peringkat tertinggi.
"Semoga dengan kerjasama semua pihak, kita dapat membina Ayer Kuning yang lebih sejahtera, maju dan inklusif. Mari kita terus melangkah bersama. Demi Ayer Kuning yang kita cintai," menurut hantaran itu.
Pada 26 April lepas, Mohamad Yusri memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi setelah meraih 11,065 undi, menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional (6,059 undi) dan calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS (1,106 undi).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#pilihan raya kecil
#UMNO
#Ayer Kuning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan