awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lagi kemalangan libatkan bas
DUNIA
Arab Saudi sahkan tiada pencemaran radiasi dikesan selepas serangan AS ke atas Iran
HIBURAN
Impian Naugan sejak 2022 jadi kenyataan di RWMF 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Mohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ yang baharu - PDRM

Bernama
Bernama
10/08/2023
17:25 MYT
Mohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ yang baharu - PDRM
Jawatan lama Mohd Shuhaily akan disandang oleh Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 30 Ogos ini.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP A. Skandaguru berkata jawatan lama Mohd Shuhaily akan disandang oleh Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.
Selain itu, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat DCP.
"Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur Datuk Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat DCP," katanya dalam kenyataan malam ini.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah SAC Alzafny Ahmad pula dilantik sebagai Setiausaha PDRM, Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara dengan memangku pangkat DCP.
Skandaguru berkata Allaudeen, Mohamed Usuf Jan, Noor Hisam dan Alzafny adalah antara 18 pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran jawatan, berkuat kuasa 30 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#integriti
#PDRM
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami