awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moratorium menyeluruh hanya merencatkan ekonomi - Gabenor Bank Negara

Najib Aroff
Najib Aroff
13/11/2020
07:45 MYT
Moratorium menyeluruh hanya merencatkan ekonomi - Gabenor Bank Negara
NOR SHAMSHIAH: "Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatif" - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sambungan moratorium menyeluruh yang dicadangkan beberapa pihak hanya akan merencatkan ekonomi untuk jangka panjang, kata Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
"Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatif.
"Ia akan mengekang pemberian pinjaman baharu kepada isi rumah dan perniagaan memandangkan bank berdepan kekurangan penampan kewangan dan menimbulkan risiko.
"Ia akan meningkatkan paras hutang. Sesiapa yang mampu membayar hutang, perlu membayar.
"Ini (moratorium menyeluruh) akan mengekang pertumbuhan dan menjejaskan ekonomi untuk jangka panjang kerana akan lebih ramai peminjam berdepan hutang tinggi.
"Pertumbuhan yang dijana melalui hutang adalah tidak mapan. Hutang isi rumah kini berbanding KDNK adalah 90 peratus. Tertinggi sepanjang masa buat Malaysia," katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga hari ini.
BACA: Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Selain itu Shamsiah berkata moratorium menyeluruh akan menjejaskan kepentingan berjuta pendeposit serta pemegang taruh yang melabur dalam dana seperti Amanaj Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, dan KWAP.
Malah Shamsiah berkata tahap keyakinan dan kepercayaan kepada institusi perbankan akan terjejas teruk selain kestabilan sektor itu akan rapuh untuk jangka panjang.
Topic Berkaitan
#Moratorium
#Bank Negara Malaysia
#KDNK
#Bumiputera
#Malaysia
#Belanjawan 2021
#Nor Shamsiah Mohd Yunus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan