KUANTAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti satu dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad yang kononnya bertujuan menculik seorang warga Palestin seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada Selasa.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, pemerhatian sedang dilakukan secara menyeluruh dan jika perlu tangkapan akan dapat diambil serta-merta.
Tambah Hamzah, jika terdapat mana-mana warga asing yang memasuki negara ini tanpa dokumen sah, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Dia sebenarnya bila sesiapa sahaja yang masuk dalam negara kita dia ada dokumen yang sah. Jadi bila kita ada maklumat-maklumat yang mengatakan ada orang yang masuk menggunakan dokumen yang tidak sah kita akan pantau," tambahnya, ketika mengulas laporan akhbar Bahasa Inggeris The New Straits Times, pada Selasa.
"Akhirnya kalau kita rasa sudah sampai masa untuk kita tangkap mereka dan kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Jadi maksudnya adakah betul maksudnya negara kita telah dimasuki oleh Mossad? Sebab itulah saya jawapan saya tadi perkara-perkara yang seperti ini harus kita teliti kemudian barulah kita akan umumkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, selepas satu majlis Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini pada Selasa.
Merujuk kepada laporan berkenaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan berjaya membongkar satu jaringan perisikan Israel, Mossad di Malaysia.
Perkara tersebut terbongkar apabila dua rakyat Malaysia dikatakan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes penculikan warga Palestin akhir September lalu.
Wanita tempatan berusia 30 tahun dipercayai dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum tahun 2018, turut disyaki menjadi dalang rangkaian perisikan Israel di negara ini.
Mohd Zalani Md Atan
Tue Oct 18 2022
Tambah Hamzah, jika terdapat mana-mana warga asing yang memasuki negara ini tanpa dokumen sah, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya. - Gambar fail
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
'Sekurang-kurangnya kita tahu mana intan, mana kaca' - Hamzah
Tujuh pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri tidak hadir ke Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN).
Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan, dakwa Anwar tak ikut Peraturan Mesyuarat
Hamzah berkata tindakan Anwar memberikan penerangan tersebut di tengah-tengah sesi Perbahasan Titah Diraja sebagai menyalahgunakan 'sokongan majoriti' yang dimiliki oleh kerajaan.
PN umum lima barisan portfolio baharu kabinet bayangan
Hamzah berkata, perubahan pada jawatankuasa portfolio dibuat mengikut kedudukan Kabinet sedia ada dengan memberi fokus kepada isu utama.
Pengampunan Najib: Mengapa tidak diumumkan lebih awal?
Hamzah menyelar tindakan Kerajaan Madani yang terlewat memaklumkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.
Bersatu umum dukung kepimpinan Muhyiddin, ambil tindakan terhadap wakil rakyat khianati parti
Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyatnya yang khianat.
Ahli pembangkang tak tahu Langkah Dubai - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ahli pembangkang tidak mengetahui tentang Langkah Dubai seperti yang hangat diperkatakan kini.
Kenyataan media 118 Ahli Parlimen PN menghadap Agong adalah palsu
Pejabat Ketua Pembangkang memaklumkan, kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang ditularkan di media sosial, adalah palsu.