SEPANG: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing, sasaran itu dua kali ganda daripada jumlah pelancong China melawat negara ini pada tahun 2019 iaitu 3.1 juta orang.
"Saya berbincang dengan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, tahun 2019 kita dapat 3.1 juta pelancong, kalau boleh tahun ini kita sasarkan dua kali ganda.
"Yang penting kita kerja keras bersama dan jangan pandang belakang, tetapi maju ke hadapan bersama mempromosikan Malaysia.
"Saya rasa kita boleh dapat, untuk tahun ini boleh dapat sekurang-kurangnya lima hingga enam juta untuk pelancong China," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyambut ketibaan pelancong dari China sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Mengulas lanjut, ujar King Sing, ketika ini negara China telah membuka pintu sempadan kepada kumpulan dalam perkhidmatan perlu (essential services) untuk melancong ke 20 buah negara termasuk Malaysia.
"Sekarang (China) sudah buka kumpulan pelancong yang boleh memohon untuk keluar dari negara China melancong di 20 negara termasuk Malaysia.
"Saya ucapkan terima kasih kepada negara China bagi peluang kepada Malaysia, kita sama-sama dalam situasi menang-menang bagi sektor pelancongan.
"Dalam (fasa) endemik, COVID-19 masih ada mana-mana dunia ini, tapi kita kena percaya dan maju ke hadapan, dan semua pihak kena mainkan peranan terbaik menjaga kawalan kendiri.
"Setakat ini, Malaysia masih selamat, pelancong luar negara masuk dan kita kena ambil peluang ini untuk terus mengorak langkah," jelasnya lagi.
Fareez Azman
Sun Jan 22 2023
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023, kata Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing. - Astro AWANI
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
MOTAC sasar 3.2 juta pelancong Muslim ke Malaysia tahun ini
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan 3.2 juta ketibaan pelancong muslim di negara sepanjang tahun ini, berbanding 2.1 juta pada tahun lepas.
MOTAC ambil serius aduan pelancong berkaitan isu kebersihan Semporna - Tiong
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius setiap aduan pelancong mengenai tahap kebersihan di daerah ini yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara.
Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Lesen syarikat Emraz Travel and Tours digantung enam bulan
Lesen syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. akan digantung selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai ini sehingga 9 Januari 2024.
MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperkukuh kajian berhubung khazanah warisan negara menerusi kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Wanita didakwa tipu, tawar pakej umrah dan haji tanpa lesen
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu dan menawarkan pakej umrah serta haji tanpa lesen yang sah.
MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.
MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 9 Dis lepas hingga tarikh tamat lesen syarikat itu pada 10 April 2023.
Nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kekal - Tiong
Menteri beri jaminan bidang kesenian dan kebudayaan akan dimartabatkan serta dibela sebaiknya.
Malaysia berupaya jadi destinasi acara perniagaan pilihan - Nancy
Malaysia mempunyai kelebihan untuk menjadi destinasi acara perniagaan yang menjadi pilihan dalam kalangan komuniti perniagaan, menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.