PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkuat kuasa hari ini.
Mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Roslan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk perancangan dan pentadbiran serta hubungan dua hala selain pernah berkhidmat sebagai Duta Besar di beberapa negara.
"Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki, saya yakin beliau (Roslan) mampu melaksanakan misi kementerian dalam memperkasakan ekosistem industri pelancongan dan kebudayaan yang inklusif," katanya.
Berkelulusan ljazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (Kepujian) daripada University of Exeter, United Kingdom, Roslan, 58, mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar pada 1995.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Roslan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk perancangan dan pentadbiran serta hubungan dua hala selain pernah berkhidmat sebagai Duta Besar di beberapa negara. - Foto Kementerian Luar
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.