awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motif suspek bakar kereta polis bantuan masih dalam siasatan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/02/2024
06:16 MYT
Motif suspek bakar kereta polis bantuan masih dalam siasatan
Tahanan reman selama empat hari dikenakan ke atas seorang lelaki pekerja p-hailing kerana dipercayai membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, dekat sini pada Khamis.
PETALING JAYA: Tahanan reman selama empat hari dikenakan ke atas seorang lelaki pekerja p-hailing kerana dipercayai membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tahanan reman ke atas lelaki tersebut diperoleh sehingga Isnin.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan pihak polis bagi mengetahui punca sebenar lelaki berusia 25 tahun itu bertindak agresif sehingga membakar kereta polis bantuan.
"Kita masih menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek yang ditangkap.
"Polis ingin mengetahui motif sebenar suspek membakar kereta polis bantuan dan melakukan vandalism di stesen MRT," katanya yang dihubungi pada Sabtu.
Suspek yang masih bujang ditahan polis kerana disyaki membakar kereta polis bantuan, setelah satu laporan diterima daripada orang ramai jam 1.42 pagi pada Khamis.
Siasatan awal dijalankan, polis mendapati suspek bekerja sebagai penghantar makanan selama lebih kurang tiga tahun.
Ekoran kejadian perbuatan khianat itu, suspek telah ditahan di Damansara, dekat sini, pada jam 10 pagi Khamis.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pekerja p-hailing
#direman
#bakar kereta polis
#MRT Mutiara Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan