NILAI: Seorang lelaki berusia 27 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangi hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang besi di Kilometer 29.8 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dari arah Seremban menghala ke Nilai, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pada masa sama dua orang lelaki lain masing-masing berusia 26 dan 27 tahun yang menunggang motosikal dari arah sama cuba mengelak mangsa namun terbabas lalu terjatuh di atas jalan.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Muhamad Luqmanul Hakim Abdul Hadi, 27, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Tat Termizi Yusof, 26, dan Muhammad Faris Ahmad Pauzi, 27, mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan tangan.
"Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan tiga buah motosikal jenis yang sama iaitu Yamaha Y15.
"Muhamad Luqmanul Hakim yang menunggang motosikal dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan, lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya.
"Susulan itu, Muhammad Tat Termizi dan Muhammad Faris yang datang arah sama cuba mengelak mangsa lalu terbabas jatuh di atas jalan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, Muhammad Tat Termizi dan Muhammad Faris yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk menerima rawatan lanjut, manakala mayat Muhamad Luqmanul Hakim dibawa ke Unit Forensik hospital yang sama untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, berlaku satu kemalangan maut melibatkan tiga buah motosikal jenis yang sama iaitu Yamaha Y15. - Gambar hiasan
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Mayat lelaki warga asing disyaki dibunuh ditemukan dalam parit
Mayat seorang lelaki disyaki dibunuh ditemukan di dalam parit di Pekan Lama Nilai hari ini.
Anggota polis ditemui mati di tandas hentian R&R
Polis Daerah Nilai menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.
Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas.
Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'
Seorang wanita warga emas kerugian RM212,951.20 akibat terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penggunaan kad kredit.
Suami isteri berdepan detik cemas rumah dipecah masuk empat lelaki bersenjata
Seorang pemandu bas dan isterinya berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk empat lelaki dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Nilai pagi tadi.
Bas persiaran terbakar di lebuh raya
Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 279.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira 9 kilometer petang tadi.
Motosikal terbabas, seorang maut dan dua parah di LEKAS
Muhamad Luqmanul Hakim mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Selebriti wanita dicekup positif dadah
Seorang selebriti wanita ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet, di sini semalam.
Kelindan lori maut tercampak selepas kemalangan
Mangsa berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Melaka sebelum dilanggar oleh sebuah van jenis Toyota Hiace.