awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPK siar gambar, video individu buang sampah haram

Sinar Harian
Sinar Harian
19/07/2022
03:20 MYT
MPK siar gambar, video individu buang sampah haram
Noraini (tengah) mengadakan tinjauan kebersihan sekitar Klang. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak teragak-agak menyiarkan gambar dan video pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah secara haram di sekitar daerah ini kepada umum.
Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, perilaku tidak bertanggungjawab itu akan disiarkan di media sosial sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah sesuka hati.
"Kita akan sedaya upaya menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dan kali ini agak agresif yang mana MPK akan menggunakan media sosial untuk menyiarkan perilaku individu pengotor dan tiada kesedaran sivik," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru, tegas beliau, orang ramai boleh membantu MPK dengan menghantar video atau gambar dalam talian yang disediakan untuk disiarkan kepada umum.
Norfiza berkata, sikap masyarakat tidak berdisiplin dan mengabaikan aspek kebersihan menjadi antara punca masalah pengurusan sampah masih menjadi isu kritikal di Bandar Di Raja ini.
Menurutnya, tabiat sambil lewa dan tidak bertanggungjawab penduduk boleh menimbulkan isu lebih besar termasuk masalah kesihatan dan tidak mustahil Klang dikenali sebagai 'daerah sampah' pada masa akan datang.
Norfiza memberitahu, MPK melalui Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) juga akan memperhebatkan operasi kutu sampah dan penguatkuasaan sampah haram melalui pemantauan berterusan di lokasi yang telah dikenal pasti.
"Sokongan dan kerjasama masyarakat amat diharapkan dalam memastikan isu yang menjejaskan Klang ini dapat ditangani sebaik mungkin terutama dalam membangkitkan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan di persekitaran masing-masing," kata beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Majlis Perbandaran Klang
#Norfiza Mahfiz
#buang sampah secara haram
#operasi kutu sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan