Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan menghantar surat bantahan kepada Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) minggu depan selepas tuan rumah, Filipina dilaporkan meminda tarikh penganjuran Sukan Para ASEAN 2020 dari 20-28 Mac kepada 26 Mei-2 Jun ini.
Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin mendakwa, beliau hanya menyedari tindakan Filipina itu selepas Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina (PPC), Michael Barredo mengumumkan perenang paralimpik, Ernie Gawilan sebagai pembawa bendera Filipina ke temasya sukan dwitahunan berkenaan, Selasa, lalu.
Megat Shahriman menegaskan Barredo membuat keputusan secara 'unilateral' tanpa merujuk perkara berkenaan kepada ahli majlis APSF, sekali gus bercanggah dengan prosedur ditetapkan APSF untuk penganjuran sesebuah temasya sukan.
"Hanya Malaysia dan Singapura sahaja yang tidak bersetuju dengan tindakan Filipina menunda tarikh penganjuran Sukan Para ASEAN 2020 buat kali kedua," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau mendakwa APSF telah menolak permohonan Filipina untuk menunda penganjuran Sukan Para ASEAN 2020 buat kali kedua berdasarkan beberapa faktor.
Antaranya adalah Filipina gagal menyerahkan perancangan garis panduan pertandingan kepada APSF, tiada kepastian berhubung langkah diambil kerajaan Filipina dalam mengekang penyebaran wabak COVID-19, selain APSF tidak pernah dirujuk mana-mana pihak berhubung status penganjuran temasya sukan berkenaan.
Mengulas lanjut, Megat Shahriman berkata penundaan tarikh berkenaan tidak boleh diterima MPM memandangkan ia bertindih dengan sambutan Aidilfitri, selain tarikh baharu berkenaan bakal mengganggu persiapan atlet paralimpik negara menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan berlangsung dari 25 Ogos sehingga 6 Sept depan.
Temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara bagi atlet para itu pada awalnya dijadual berlangsung dari 18 hingga 24 Jan, namun ditunda ke tarikh baharu pada 20 hingga 28 Mac susulan kekurangan bajet, manakala penundaan kali kedua dipercayai berkaitan penularan wabak COVID-19.
Sebanyak 16 sukan akan dipertandingkan dengan sukan tempuh halangan para sebagai sukan demonstrasi.
Sukan yang dipertandingkan ialah olahraga, memanah, badminton, boccia, catur, berbasikal CP, bola sepak, goalball, judo, powerlifting, renang, tenpin boling, ping pong, triatlon, bola tampar duduk dan bola keranjang berkerusi roda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 11 2020
Megat Shahriman berkata penundaan tarikh berkenaan tidak boleh diterima MPM memandangkan ia bertindih dengan sambutan Aidilfitri. - Astro ARENA
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan ‘neutral’ - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
NVIDIA bakal keluar cip AI baharu setiap tahun
Di Malaysia, pusat data AI di Johor adalah antara yang terawal di dunia dilengkapi cip Blackwell.
Badminton Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei tempah slot awal ke suku akhir
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah menyingkirkan lawan dari India untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Malaysia Masters 2024.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.