PUTRAJAYA: Majlis Pemulihan Negara hari ini mencadangkan agar pintu sempadan negara dibuka kepada pelancong asing selewat-lewatnya bermula 1 Januari 2022, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, perkara tersebut telah dipersetujui dalam mesyuarat MPN yang berlangsung pada Khamis.
"Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai situasi sektor pelancongan negara yang menyaksikan pemulihan yang agak perlahan disebabkan ketiadaan pelancong antarabangsa yang memasuki negara ini selain operator sektor ini yang memerlukan masa dan sumber untuk memulakan perniagaan mereka," kata Muhyiddin.
"Mengambil kira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik, mesyuarat hari ini memutuskan supaya sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya 1 Januari 2022 bagi mempercepatkan pemulihan khususnya dalm sektor pelancongan," kata Muhyiddin, dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Putrajaya.
Sektor pelancongan adalah sektor yang paling teruk terjejas dan memerlukan pemulihan segera masa ini. Negara pula akan mengalami kerugian lebih RM90 bilion jika sektor itu terus ditutup, tambahnya.
Justeru, jelas beliau sempadan negara boleh dibuka dengan kaedah-kaedah atau langkah-langkah pematuhan tertentu yang difikirkan wajar dan perlu selain keutamaan yang boleh diberikan kepada negara yang telah mencapai kadar vaksinasi yang tinggi.
"Kita mempunyai tahap vaksinasi yang tinggi dan antara terbaik di dunia, mungkin dalam kalangan lima terbaik, jadi apa faedah yang sepatutnya kita raih ialah membenarkan pelancong masuk ke sempadan namun kita perlu sentiasa berjaga-jaga.
"Jawatankuasa COVID-19 mungkin sudah mengenal pasti mana negara dibenarkan masuk ke negara kita dan ia patut diumumkan," jelasnya.
Muhyiddin turut mengalu-alukan persetujuan yang telah dicapai oleh Malaysia-Indonesia hasil daripada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk membuka sempadan kedua-dua negara tidak lama lagi.
Jelas Muhyiddin, ia adalah satu tindakan yang wajar dan memberi manfaat kepada Malaysia dalam sektor pekerjaan membabitkan perladangan dan lain-lain.
Astro Awani
Thu Nov 11 2021
Sektor pelancongan adalah sektor yang paling teruk terjejas dan memerlukan pemulihan segera masa ini. Negara pula akan mengalami kerugian lebih RM90 bilion jika sektor itu terus ditutup. - Gambar hiasan
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Majlis Pemulihan Negara dibatalkan - PM
Kerajaan tidak memerlukan lagi MPN kerana fungsinya bertindih dengan fungsi agensi dan badan kerajaan yang lain.
"Kenyataan Puad Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja" - Muhyiddin
Mantan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan mahupun elaun ketika beliau memegang jawatan berkenaan.
MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan dan penambahbaikan infrastruktur negara.
Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN
Seminar tersebut menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity).
Syor kerajaan wujudkan Polisi Laluan Hijau khas PMKS - MPN
Ia akan membantu mengurangkan pelbagai kerenah birokrasi yang perlu dihadapi PMKS dalam membuat sebarang permohonan.
MPN perlu jadi kementerian penuh, diterajui Perdana Menteri - Muhyiddin
Kementerian mempunyai lebih kuasa dalam membuat keputusan berhubung soal pengurusan ekonomi serta kebajikan rakyat berbanding majlis.
Segera selesaikan isu pengambilan pekerja asing - MPN
Isu ini akan merencatkan proses pemulihan negara terutama yang membabitkan sektor dan industri pembinaan.
Laporan situasi terkini COVID-19 dibentang kepada MPN 26 Julai
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes COVID-19 dalam negara menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini, beliau yakin keadaan adalah terkawal.
Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.
Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi
Katanya, kewujudan MPN sejak dari awal lagi tidak membuahkan hasil.