PAGOH: Majlis Pemulihan Negara (MPN) menggesa kerajaan untuk memberi tumpuan lebih progresif dan berani kepada proses pemulihan negara termasuk isu kenaikan harga barangan makanan ketika ini.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses itu disifatkan masih perlahan sedangkan negara mempunyai banyak hasil pertanian, makanan dan tanah yang boleh dibangunkan.
Beliau berkata, MPN juga akan melantik konsultan bagi membantu menyediakan Pelan Pemulihan Negara 2.0 untuk merangka pelan jangka pendek dan panjang dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi negara.
“Kalau kita ambil kira potensi negara memang ada banyak, tetapi kita kena ambil satu langkah lebih berani menggunakan teknologi moden dan cari pelabur walaupun pelabur asing.
“Bagi saya mungkin kita boleh longgarkan syarat supaya pelabur asing boleh datang untuk meneroka sektor industri pertanian dan makanan selain bawa teknologi baharu bagi menghasilkan pengeluaran lebih banyak dan berkualiti, yang mana ini satu isu yang besar.
“Sekarang ini sudah ada (pemulihan) tetapi belum cukup pantas dan banyak kekangan dihadapi pelbagai sektor termasuk ekonomi, pendidikan serta sosial dan kalau kerajaan tidak beri perhatian tentang apa yang dicadangkan oleh MPN, saya fikir proses ini tidak akan berlangsung dalam tempoh singkat dan seterusnya memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Sukan Pagoh, di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu beliau menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan permit kelulusan (AP) barang makanan, bagaimanapun jelasnya perkara itu memerlukan kajian terperinci dari sudut implikasi.
Jelasnya, ia bagi memastikan langkah berkenaan tidak memberi impak negatif kepada sektor makanan dan pertanian negara.
“Tujuan asal AP ini adalah untuk melindungi pengeluar tempatan yang mana pengimport dibenarkan dengan kuota tertentu supaya tidak beri kesan negatif kepada pengusaha tempatan.
“Jadi walaupun dasar mansuh AP itu dilihat baik, tetapi kita nak tengok juga apakah kesan kepada industri pertanian tempatan, apakah kerajaan boleh beri bantuan lebih kepada sektor pertanian seperti subsidi dan pinjaman bank yang mudah,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Fri May 20 2022
Muhyiddin berkata, proses itu disifatkan masih perlahan sedangkan negara mempunyai banyak hasil pertanian, makanan dan tanah yang boleh dibangunkan. - Astro AWANI
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
PM Anwar jumpa PKR Pulau Pinang, Kedah, Perlis
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri perjumpaan bersama pimpinan PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya, pada Khamis.
MPN mahu MITI dan agensi turut fokus pelaburan langsung domestik - Tengku Zafrul
DDI yang menumpukan kepada sektor ekonomi yang membawa kepada pembangunan negara perlu diselaraskan dengan GLIC.
PRU15: MPN gesa percepat bentuk kerajaan, ketepi kepentingan peribadi
MPN menyeru semua pihak meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi lain-lain kepentingan yang sempit dan bersifat peribadi.
Ibu tunggal sambut baik insentif bantuan RM1,000 JKM
Rata-rata golongan sasar termasuk golongan ibu tunggal menyambut baik terhadap cadangan MPN dalam pembangunan sistem bersepadu selaras peningkatan insentif sebanyak RM1,000 setiap bulan melalui JKM.
MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan dan penambahbaikan infrastruktur negara.
PRU15: Selesaikan segera isu LRT tergendala - Muhyiddin
Kerajaan perlu bertindak pantas menyelesaikan isu perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, kata Muhyiddin Yassin.
Kerajaan perlu lebih fokus, tingkat kemampanan sektor kritikal
Kerajaan perlu lebih fokus dan mengutamakan usaha dalam meningkatkan kemampanan sektor kritikal khususnya bagi mendepani cabaran krisis ekonomi global.
Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN
Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan.
Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN
Seminar tersebut menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity).