Tujuh sekeluarga berdepan detik ngeri apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler rosak di Kilometer 326 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat sini, awal pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.39 pagi dan mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.
“Kemalangan mengakibatkan dua orang mangsa tersepit manakala lima lagi mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan pagi ini.
Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat telah menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.
Kesemua mereka dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 24 2020

Anggota JBPM cuba mengumpil pintu MPV untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. -JBPM

Lambakan platform penstriman, sukarkan pemilikan hasil karya asli - Amir Muhammad
Cetak rompak satu isu yang berterusan kerana tiadanya titik pertemuan untuk menyelesaikannya di semua peringkat.

Parlimen tidak boleh bersidang sebab ramai 'orang tua' hanya alasan - Tun M
"Saya ini umur 95 (tahun), saya pergi ke Parlimen kerap dan saya tak dapat sakit apa (pun), saya pun tak dijangkiti wabak sehingga hari ini saya dapat suntikan."

PKP: 442 ditahan, aktiviti pusat hiburan masih catat kesalahan tertinggi - Ismail Sabri
Daripada jumlah itu, 430 individu dikenakan kompaun, manakala 11 direman dan seorang dijamin.

PKPD di Kg. Tringgus, Sarawak bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan juga akan melanjutkan tempoh PKPD di Kg. Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah, yang sepatutnya berakhir esok.

UMNO 'cakap saja', kalau berpisah dengan Bersatu mereka akan 'jatuh' - Tun M
UMNO dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain, kata Dr Mahathir Mohamad.

8 kluster baharu, 472 kluster masih aktif - Dr Noor Hisham
Lapan kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, melibatkan lima kluster tempat kerja, dua kluster berkaitan pusat tahanan dan satu kluster komuniti.

Tun M, Tun Siti Hasmah terima suntikan vaksin COVID-19
Menurut Dr Mahathir yang berusia 95 tahun, beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin berkenaan.

07 Mac 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Organisasi waris MH370 gesa Malaysia dedah radar ketenteraan
Voice 370 turut menyeru mana-mana individu atau pihak yang memiliki sebarang maklumat termasuk laporan risikan mengenai keberadaan MH370 agar tampil ke depan.

MH370 | Malaysia, China, Australia tidak pernah berkira
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan Malaysia, Australia dan China tidak pernah berkira untuk mengeluarkan perbelanjaan serta sumber tenaga dalam usaha kolektif mencari pesawat MH370. Ia bertujuan memastikan semua pihak mendapat jawapan di sebalik kehilangan pesawat berkenaan.

Setiausaha UMNO Kubang Pasu meninggal dunia selepas aktiviti motosikal lasak
Setiausaha UMNO Kubang Pasu ditemui pengsan sebelum meninggal dunia selepas melakukan aktiviti motosikal lasak di atas bukit berdekatan Universiti Utara Malaysia Sintok, di sini pada Jumaat.

246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.

1,358 bomba terima suntikan vaksin COVID-19
Seramai 1,358 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terlibat secara langsung dengan operasi COVID-19 telah menerima suntikan vaksin.

Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kemunting kian merebak
Kebakaran tapak pelupusan sampah seluas 1.6 hektar di Kemunting, dekat Kubang Pasu semakin merebak.

543 pegawai, anggota bomba Melaka terima suntikan vaksin COVID-19
Program Imunisasi COVID -19 peringkat negeri Melaka diteruskan dengan seramai 543 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)negeri itu menerima suntikan vaksin.

Cuaca panas: Bomba Terengganu kenal pasti 20 kawasan risiko kebakaran
Kebakaran-kebakaran kecil telah dimulakan, terutamanya oleh para peladang dan petani yang memulakan pembakaran jerami padi secara kecil-kecilan.

Lelaki rentung kebakaran di perumahan setinggan
Seorang lelaki berusia 48 tahun maut dalam insiden melibatkan perkampungan setinggan di Taman Pandan Jaya pada Isnin malam.

Lima pendaki termasuk 2 kanak-kanak sesat berjaya diselamatkan
Mangsa yang sesat terdiri dari dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan 11 tahun, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan dua lelaki dewasa berusia 36 dan 49 tahun.

Lebih 12 hektar hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands terbakar pada petang Khamis.

PKPD di tiga lokaliti di Besut ditamatkan - Ismail Sabri
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu akan ditamatkan pada 27 Februari ini.