awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MSC Malaysia dijenamakan semula sebagai Malaysia Digital

Siti Farhana Sheikh Yahya
Siti Farhana Sheikh Yahya
12/01/2022
09:57 MYT
MSC Malaysia dijenamakan semula sebagai Malaysia Digital
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berucap pada majlis perasmian Minggu Ekonomi Digital Malaysia di Ekspo 2020 Dubai hari ini. - Gambar Astro AWANI/ Siti Farhana Sheikh Yahya
DUBAI: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan MSC Malaysia akan dipertingkatkan dan dinamakan semula sebagai Malaysia Digital.
Beliau berkata, MSC Malaysia perlu berkembang berikutan peralihan pantas norma sosio-ekonomi sebagai tindak balas kepada kemajuan teknologi digital.
“Sejak diperkenalkan pada 1996, MSC Malaysia telah memangkin dan mengubah Malaysia menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan.
“Ia sememangnya satu program yang tidak pernah dilihat di dunia pada tahun 1996 – sebuah “game changer” . Dalam pelbagai aspek, MSC Malaysia adalah syarikat permulaan“startup” pada masa istilah “startup” masih belum dicipta,'' katanya ketika berucap merasmikan Minggu Ekonomi Digital Malaysia di Ekspo 2020 di Dubai pada Rabu.
MSC Malaysia, menurut beliau, telah membantu memacu pertumbuhan ekonomi digital negara, yang kini menyumbang 22.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Di bawah Malaysia Digital, beliau turut mengumumkan dua insiatif utama iaitu program De Rantau yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan.
Sementara The Malaysia Digital Trade Programme pula untuk membantu kebolehoperasian dan penyelarasan perdagangan dalam dan luar negara.
Beliau berkata, kerajaan telah mengenal pasti ekonomi digital sebagai salah satu bidang pertumbuhan ekonomi utama Malaysia.
Menurut Rancangan Malaysia Ke-12, ekonomi digital diunjurkan menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia menjelang 2025.
Topic Berkaitan
#KDNK
#Malaysia Digital
#MSC Malaysia
#Dubai Expo 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan