KUALA LUMPUR: Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) disarankan memberikan perhatian kepada tiga perkara untuk memastikannya dapat terus memberikan nilai tambah kepada industri sawit negara.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata perkara pertama adalah MSPO perlu bersifat dinamik dan bergerak seiring dengan keutamaan dunia yang kian berubah.
"Oleh itu, kementerian akan memastikan skim pensijilan MSPO sentiasa ditambah baik supaya dapat kekal relevan demi memenuhi piawaian kemampanan antarabangsa, terutamanya berkaitan elemen kebolehjejakan, bebas penebangan hutan, pemilikan sah ke atas tanah dan amalan buruh yang baik," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran ulang tahun MSPO ke-10 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) kementerian Datuk Abdul Hadi Omar.
Menurut Johari, perkara kedua adalah mengadakan sesi libat urus yang efektif dengan pemegang taruh seperti pembuat dasar, persatuan pengguna, badan bukan kerajaan dan peniaga bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai inisiatif dan komitmen Malaysia.
"Melalui langkah ini, MSPO akan diiktiraf oleh komuniti perniagaan dan pengguna antarabangsa. MSPO mesti lebih aktif dalam melibatkan diri dalam mana-mana forum atau persidangan tempatan dan antarabangsa khususnya yang membincangkan isu berkaitan kemampanan atau industri minyak masak dunia," katanya.
Beliau berkata aspek ketiga yang perlu diberikan perhatian adalah kesemua minyak sawit yang dikeluarkan oleh pengusaha yang dipersijilkan oleh MSPO mesti meletakkan logo MSPO pada produk minyak sawit yang dijual sama ada di pasaran tempatan atau antarabangsa.
"Hal ini penting sebagai satu langkah untuk menjadikan MSPO sebagai badan pensijilan yang boleh dipercayai dan seterusnya kerajaan boleh menjadi benteng pertahanan yang utama dalam menangani persepsi negatif terhadap industri sawit.
Sehubungan itu, beliau berkata MSPO akan melancarkan Pelan Tindakan Strategi MSPO2024-2026, yang berteraskan tiga strategi utama iaitu membina skim pensijilan kemampanan yang teguh dan boleh dipercayai; memastikan pematuhan pemain industri dan memberi nilai tambah kepada pensijilan MSPO; dan memperluas pengiktirafan dan penerimaan MSPO.
Sementara itu, Abdul Hadi yang mewakili Johari turut mengumumkan penjenamaan semula MPOCC sebagai MSPO, iaitu antara inisiatif pemantapan penjenamaan semula MSPO sebagai skim pensijilan minyak sawit berkualiti dan terbaik di dunia.
"Sepanjang tempoh 10 tahun penubuhan MSPO, usaha kerajaan dan pemain industri dalam meningkatkan taraf kemampanan industri ini telah membuahkan hasil.
"Setakat April 2024, 4.94 juta hektar atau 87.4 peratus daripada keluasan tanaman sawit, 407 daripada 446 kilang sawit dan 151,152 pekebun kecil (66 peratus) yang merangkumi 542,215 hektar telah dipersijilkan," katanya.
Beliau berkata MSPO juga telah menerima pelbagai pengiktirafan dan menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pemegang taruh di negara pembeli seperti Jepun, China, India, Mongolia dan Filipina.
Menurutnya MSPO telah menandatangani MoU bersama Halal Development Centre (HDC) bagi mempromosi hasil sawit negara ke pasaran halal di seluruh dunia.
"Baru-baru ini, dalam perbincangan dua hala antara kementerian dan pihak Kesatuan Eropah (EU) berkenaan isu Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan MSPO, kita telah mendapat respons positif berkaitan usaha Malaysia untuk mengurangkan kadar penebangan hutan.
"Pihak EU juga memberi pengiktirafan bermakna atas komitmen Malaysia terhadap pengeluaran produk komoditi yang mampan," katanya.
MSPO juga telah menandatangani MoU bersama empat institusi pengajian tinggi iaitu IIUM Higher Education Sdn Bhd, Persatuan Regenerasi dan Kelestarian Alam, Kolej FELCRA dan City University.
Seramai 10 Duta Belia MSPO daripada setiap institusi telah dipilih bagi mempromosi dan memberi kesedaran kepada pelajar lain berkenaan pensijilan MSPO.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
Johari (foto) berkata perkara pertama adalah MSPO perlu bersifat dinamik dan bergerak seiring dengan keutamaan dunia yang kian berubah. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.