MAJLIS Belia Malaysia (MBM) mengikuti rapat perkembangan blok pembangkang yang mana pada 14 September 2019 telah memeterai satu piagam yang menyatukan UMNO dan Pas yang dinamakan Muafakat Nasional (MN).
Sebagai platform semak dan imbang kepada Kerajaan dan Pembangkang, MBM mengalu-alukan sebarang usaha yang bertujuan menyuburkan lagi demokrasi di dalam Negara ini dan yakin MN ini akan memperkukuhkan lagi blok pembangkang yang pastinya menguatkan peranan mereka di dalam menjalankan tugas sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.
MN yang baru dilancarkan Sabtu lepas bukan sahaja memberikan fokus kepada penyatuan untuk orang Melayu, tapi diharapkan sebagai satu komitmen bagi mempertahankan kepelbagaian dalam negara ini tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit juga satu tindakan yang bertepatan di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang majmuk dan berbilang bangsa. MN mesti bergerak ke arah aliran garis tengah sederhana dan bukannya ke garis keras kanan mahupun garis keras kiri. Tambah molek jika MN dipelopori oleh golongan muda di dalam UMNO dan PAS yang masih segar dan bebas daripada 'historical baggage'.
Diharapkan dengan kewujudan permuafakatan di kalangan blok pembangkang dan Pakatan Harapan di blok kerajaan akan memberi kestabilan politik di dalam Negara ini, dan politik matang dapat diamalkan oleh semua parti dalam negara ini, iaitu politik khidmat, bukannya politik untuk manfaat diri sendiri. Paling penting bagi MBM ialah rakyat akan dapat manfaat dan keuntungan daripada kerajaan dan pembangkang yang kuat.
* Jufitri Joha adalah Presiden Majlis Belia Malaysia
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Jufitri Joha
Tue Sep 17 2019
Penulis berharap dengan kewujudan permuafakatan di kalangan blok pembangkang dan Pakatan Harapan di blok kerajaan, kestabilan politik akan dicapai dalam Negara ini dan politik matang dapat diamalkan oleh semua parti.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.
Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.
Muhammad Yunus insan penuh belas kasihan yang dunia perlukan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.
#PeringatanDarurat: 'Ini bukan negara milik keluarga tertentu' - Aktor Indonesia Reza Rahadian ikut protes jalanan
Terdahulu, Mahkamah Konstitusi (MK) memutuskan mengubah had usia pencalonan kepala daerah yang dicadangkan oleh Parti Buruh dan Gelora.
'Demokrasi AS berakhir jika saya tewas pilihan raya' - Trump
Trump memberitahu penyokongnya jika beliau tidak memenangi pilihan raya, ia bermakna kemungkinan demokrasi AS akan berakhir.
Indeks Demokrasi: Malaysia rekod skor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN
Malaysia tersenarai sebagai negara dengan indeks demokrasi tertinggi di Asia Tenggara pada 2023.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Akta Berparlimen Berpenggal: Jangan ketepikan kuasa YDP Agong - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan akta tersebut, rundingan perlu diadakan dengan Raja-Raja Melayu kerana ia melibatkan kuasa Yang Dipertuan Agong.
Perutusan bersama tahun baharu 2024
Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme, dan kedaulatan undang-undang.
Setahun PM Anwar: Politik Malaysia stabil, kepercayaan rakyat kepada demokrasi pulih
Perdana Menteri ke-10 itu berjaya memimpin kerajaan Pusat tanpa tekanan politik keterlaluan.