Selepas mengharungi pemerintahan lebih enam bulan, hari ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis surat terbuka yang ditujukan kepada Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan.
Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza yang sebelum ini dilihat lebih pro kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) kini dilihat secara terbuka mengkritik dasar dan corak kepimpinan kerajaan.
Kritikan Dr Maza itu kelihatan lebih jelas dan tajam terutamanya selepas peristiwa kematian membabitkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut selepas dipukul dalam insiden rusuhan kuil Maha Mariamman tempoh hari yang mencetuskan perdebatan hangat.
Dalam surat tersebut juga Dr Maza turut mengkritik dasar pendidikan negara yang dilihat semakin menjauhi semangat keharmonian kaum dikalangan rakyat Malaysia.
Berikut adalah kandungan penuh surat terbuka beliau kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik:
ANAK MALAYSIA BAHARU MESTILAH LALUI PENGALAMAN AWAL YANG SAMA
Kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan
1. Krisis antara kaum nampaknya makin meroyak. Sejak zaman kerajaan yang lepas dan kini kerajaan baru, nampaknya, keharmonian hidup antara kaum di Malaysia menuju ke arah yang membimbangkan. Slogan 1 Malaysia telah gagal dan kini kempen PH ke arah Malaysia Baharu yang penuh teloransi dan keharmonian antara rakyat juga tidak menjadi. Bahkan makin parah. Banyak luka-luka baru yang ditoreh. Emosi telah menguasai kewarasan. Pengalaman hubungan antara kaum yang tipis dan latar pendidikan yang terlalu berbeda, menjadi antara punca usaha ke arah memahami sejarah negara dan hati budi antara kaum gagal diterapkan.
2. Ketiadaan persamaan di sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan. Hal ini disebabkan ramai anak Malaysia sejak satu tempoh yang agak lama, melalui sistem pendidikan yang tidak membolehkan mereka bertemu pada titik pengalaman dan latar pengetahuan yang sama. Ini terutamanya apabila sejak tahun pertama di bangku sekolah mereka menerima pendidikan yang secara tabiatnya bersifat eksklusif untuk sesuatu bangsa atau agama. Maka, apabila seseorang anak Malaysia dalam sepanjang tempoh pendidikannya hanya dalam persekitaran Melayu-Islam, ataupun Cina ataupun India maka pastilah latar Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan tradisi itu sukar dihayati. Apabila mereka menjadi pemimpin atau rakyat pada masa hadapan, kotak pemikiran mereka sangat terbatas kepada kelompok tertentu sahaja.
YAB dan YB, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN
3. Dalam usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum secara lestari, saya ingin mencadangkan agar semua rakyat Malaysia diwajibkan melalui sistem persekolahan yang sama sekurang-kurang daripada tahun 1 sehingga tahun 6 sekolah rendah. Dalam ertikata lain, semua anak Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem Sekolah Kebangsaan dari umur tujuh tahun sehingga ke umur dua belas tahun. Dalam tempoh inilah diharapkan mereka akan mempunyai latar pendidikan Malaysia yang sama dan pengalaman pergaulan antara kaum yang baik. Anak-anak bagaikan kain putih, di peringkat itu, tiada perkauman antara mereka. Ketika umur itu yang ada hanyalah kemanusiaan yang lahir dari fitrah keinsanan.
4. Untuk mencapai hasrat itu, Sekolah Kebangsaan hendaklah benar-benar bersifat Malaysia. Bermula dari isi kandungan pelajarannya sehingga kepada pendekatannya. Dalam erti kata lain, persekitaran sekolah itu membolehkan semua agama dan kaum belajar dengan selesa. Elemen keagamaan yang mengujudkan persekitaran yang tidak kondusif untuk pembelajaran kaum-kaum yang berbeza hendaklah dielakkan bagi perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.
5. Kita tidak boleh menafikan bahawa Sekolah Kebangsaan hari ini seakan hanya menjadi sekolah Melayu sahaja. Antara sebabnya, mungkin suasana banyak Sekolah Kebangsaan hari ini tersangat dominan Melayu-Islamnya yang kadang-kala menimbulkan kerisauan ibubapa yang berlainan agama untuk menghantar anak-anak mereka. Suasana ini hendaklah dibentuk lebih kondusif untuk semua.
YAB dan YB, PENDIDIKAN AGAMA DAN KAUM
6. Di pihak masyarakat muslim khususnya, mungkin ada yang bertanya; habis bagaimana dengan pendidikan agama anak-anak kami?
Pendidikan Islam sebenarnya boleh diteruskan di Sekolah Kebangsaan. Namun, ia bukan di sebelah pagi atau di sesi yang membabitkan semua bangsa dan agama. Pendidikan Islam boleh dilaksanakan di sebelah petang atau di sesi yang khusus. Majlis-majlis Agama Islam Negeri-Negeri boleh mengeluarkan peruntukan untuk hal ini. Ini telah lama berlaku di Johor dan Selangor. Perlis juga pada tahun 2019 mula akan mengujudkan Sekolah Agama Petang Perlis yang dibiayai oleh MAIPs (Majlis Agama Islam Perlis). Di situ berperanannya Raja-Raja Melayu dalam menjaga urusan agama. Demikian wang zakat yang dikumpulkan oleh Negeri-negeri dapat digunakan untuk pendidikan Umat Islam di negara ini. Sementara Kementerian Pendidikan menyelaras dan memastikan pendekatan pengajaran yang sesuai. Dengan ini, mungkin Pendidikan Islam akan lebih baik dan berkesan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan yang merupakan domain untuk semua bangsa agama.
7. Saya berpendapat, jika bangsa dan agama selain Muslim ataupun Melayu ingin mengajar agama dan budaya tertentu khusus untuk agama dan bangsa mereka dengan mematuhi peraturan-peraturan Kementerian Pendidikan, juga dibenarkan pada sesi petang atau berasingan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan. Namun, seperti mana Pendidikan Islam tadi, pendidikan khusus ini hendaklah dibiayai oleh komuniti mereka sendiri.
8. Sekolah-sekolah Agama Islam atau jenis Kebangsaan Cina atau India untuk peringkat rendah yang wujud hari ini, jika mereka mahu masih boleh berfungsi untuk sesi petang tersebut setelah anak-anak ini menjadi menjalani pendidikan di Sekolah kebangsaan di sessi pagi. Kos tersebut akan ditanggung oleh komuniti masing-masing.
YAB dan YB, PENDIDIKAN SELEPAS SEKOLAH RENDAH
9. Setelah murid-murid ini tamat Sekolah Rendah Kebangsaan, mereka boleh memilih aliran sekolah yang mereka ingini. Hasrat mereka untuk ke bidang agama atau selainnya dapat diteruskan selepas itu. Namun, ketika itu mereka sudah dibekalkan dengan ilmu dan pengalaman yang bersifat Malaysia.
10. Bagi memastikan kesimbungan atau ilmu awal mereka tidak terputus, maka satu mata pelajaran yang membolehkan pelajar benar-benar memahami negara ini hendaklah diwajibkan. Ataupun Kementerian boleh memperkukuhkan mata pelajaran yang sedia seperti sejarah dengan pendekatan yang mantap dan relevan.
YAB, dan YB,
11. Saya mencadangkan hal ini demi menjaga masa depan Malaysia yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Saya pohon semua pihak berkorban kepentingan mereka demi kelangsungan negara ini.
Saya mohon mencadangkan!
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Dec 22 2018
Dr Maza semakin lantang mengkritik selepas kes babitkan Muhammad Adib Mohd Kassim
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Lelaki ditahan selepas keluarkan kata-kata kesat terhadap polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.
Jangan berani ambil risiko redah air banjir - Bomba
Nor Hisham berkata sikap terlalu yakin itu boleh mengundang pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Bomba selamatkan tiga sekeluarga terperangkap dalam kebakaran
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 2.58 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota dari BBP Andalas ke lokasi.
JBPM jadual cuti secara bersasar hadapi MTL
Nor Hisham berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada anggotanya di kawasan tertentu yang akan terlibat.
745 kawasan dikesan berisiko banjir di Johor, tertinggi pernah direkodkan - Bomba
Batu Pahat merupakan daerah dengan kawasan berisiko banjir paling banyak iaitu 186 kawasan.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.