Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mencadangkan supaya diwujudkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita yang bukan ibu kandungnya.
Beliau berkata ini bertujuan menyatakan hubungan ibu dan anak susuan (nasab) kerana pada masa ini terdapat wanita yang menyusukan anak orang lain tetapi tidak mengetahui pertalian itu.
"Bagi saya ia amat baik kerana akan memudahkan - contohnya, ketika (seseorang anak) hendak berkahwin... apabila dibuat selidikan, rupa-rupanya dia (orang yang hendak dikahwini) adalah juga anak kepada ibu susuan. Itu adalah seperti adik-beradik yang tidak diizinkan berkahwin," kata Zulkifli.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membincangkan topik 'Ibu Susuan: Antara Hukum, Nasab, Hak dan Tanggungjawab' sempena minggu penyusuan susu ibu peringkat Kuala Lumpur & Putrajaya, di Auditorium Perpustakaan Negara, di sini hari ini.
Zulkifli bagaimanapun tidak menjelas lanjut pihak manakah yang perlu mengeluarkan kad berkenaan, namun berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan beberapa pihak berkaitan termasuk hospital yang turut mempunyai peranan penting.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata perbincangan bersama Kementerian Kesihatan mengenai wanita hamil yang dijangkiti virus Zika sama ada dibolehkan menggugurkan kandungan mereka akan diadakan hujung bulan ini.
Beliau berkata perkara itu semakin mendapat perhatian untuk diteliti dengan lebih lanjut dan cadangan pengguguran itu hanyalah pendapat umum.
Katanya, ia adalah berdasarkan pendapat ahli ilmu fiqah yang lama yang seterusnya dikemukakan ramai ulama dan pihak berkuasa.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian akan berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pandangan beberapa orang mufti bahawa wanita hamil yang dijangkiti virus Zika dibolehkan menggugurkan janin yang belum mencapai usia 120 hari. -Bernama
Bernama
Sat Sep 24 2016
Ini bertujuan menyatakan hubungan ibu dan anak susuan (nasab) kerana pada masa ini terdapat wanita yang menyusukan anak orang lain tetapi tidak mengetahui pertalian itu. -Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Mufti WP cadang wujudkan kad khas kenal pasti bayi, ibu susuan
Ini bertujuan menyatakan hubungan ibu dan anak susuan (nasab) kerana pada masa ini terdapat wanita yang menyusukan anak orang lain tetapi tidak mengetahui pertalian itu.