ALOR SETAR: Kehadiran Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu mencuri tumpuan pemerhati politik dan perwakilan.
Muhyiddin yang mengenakan persalinan baju Melayu serba biru dan bersongkok duduk bersebelahan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di pentas utama Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd Noor.
Turut kelihatan, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.
Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-68 turut dihadiri Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Sebelum itu, Abdul Hadi tiba kira-kira ham 8.40 pagi di pekarangan kompleks dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam sambil diiringi motosikal berkuasa besar Alternative Riding Club (ARC).
Selepas ketibaan, Abdul Hadi menerima tabik hormat sebelum memeriksa perbarisan kehormat Jabatan Amal Malaysia dengan diiringi Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Saad Yahaya kira-kira jam 8.45 pagi.
Acara diteruskan dengan lagu rasmi Pas, ucapan ayat al-Quran, ucapan aluan Takiyuddin serta ucapan dasar dan perasmian muktamar daripada Presiden Pas.
Difahamkan, seramai 1,300 perwakilan dari 197 kawasan seluruh negara mengambil bahagian dalam Muktamar Tahunan Pas ke-68 yang berlangsung di Kedah. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 03 2022
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) bersalaman dengan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks PAS Kedah hari ini. - Foto BERNAMA
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan
Penubuhan kerajaan hari ini adalah jelas berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama dan keabsahannya juga telah dibuktikan.
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu
Andansura Rabu berkata, di peringkat akar umbi, ramai anggota BN menolak kerjasama dengan PH.
Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.
Muktamar Pas: Enam usul penting dibentang esok
Enam usul penting meliputi isu politik, antarabangsa dan ekonomi akan dibentang pada sesi muktamar esok.
Pemimpin Pas bukan malaikat, terbuka terima teguran perwakilan - Ahmad Fadhli
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui kepimpinan parti itu tidak sempurna dan sentiasa terbuka menerima teguran daripada ahli serta perwakilan.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.