awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin dijangka angkat sumpah Perdana Menteri kelapan hari ini

Bernama
Bernama
29/02/2020
23:15 MYT
Muhyiddin dijangka angkat sumpah Perdana Menteri kelapan hari ini
Pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik, Malaysia hari ini bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.
Majlis berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.
Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Perdana Menteri kelapan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Feb, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air, menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa dan perubahan gabungan parti-parti politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Istana Negara
#kerajaan
#letak jawatan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia2020
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#parti politik
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri kelapan
#PM8
#politik
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan