Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.
Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi ini.
Kenyataan tersebut juga menyebut, Muhyiddin dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri baharu pada jam 5 petang ini setelah mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Pengumuman tersebut akan mengambil tempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Pada Ahad, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Muhyiddin memberikan bayangan bahawa barisan menteri Kabinet yang akan dilantik merupakan mereka yang melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berkongsi intipati perbualan di kediaman Perdana Menteri itu, Dr Mohd Asri berkata, setiap calon menteri yang akan menganggotai Kabinet Muhyiddin juga diminta memberikan maklumat yang sahih mengenai sijil akademik mereka.
Sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mahu mereka yang dilantik membentuk Jemaah Menteri hanya terdiri daripada pemimpin yang berintegriti.
Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Istiadat angkat sumpah tersebut menamatkan kemelut politik yang melanda negara sejak 22 Februari lalu.
Isabelle Leong
Mon Mar 09 2020
Muhyiddin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi ini. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Muhyiddin jumpa ketua parti politik sebelum Mesyuarat Khas Menteri Kabinet
Perjumpaan itu dipercayai bagi membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menolak pengisytiharan darurat semalam.
Muhyiddin hadap Agong, persembah senarai Kabinet baharu
Perdana Menteri dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada jam 5 petang hari ini di pejabatnya di Putrajaya.
Agong berkenan serah zakat kepada asnaf
Yang di-Pertuan Agong berkenan kurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf sempena Program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan
Keperibadian menawan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan.
#AgongKita: Jangan cetus api perselisihan, runtuh keharmonian negara - YDP Agong
Marilah kita berdoa semoga negara yang kita cintai ini akan terus kekal aman sentosa dan makmur serta sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.