awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mujahid dipanggil beri keterangan di Bukit Aman

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2020
10:48 MYT
Mujahid dipanggil beri keterangan di Bukit Aman
Difahamkan, kehadiran beliau ke ibu pejabat tersebut adalah susulan kenyataan berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hadir di Bukit Aman petang ini dipercayai bagi memberikan keterangan.
Difahamkan, kehadiran beliau ke ibu pejabat tersebut adalah susulan kenyataan beliau berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong Mac lalu.
Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah itu dilaporkan tiba di perkarangan kompleks berkenaan sekitar jam 5.35 petang pada Isnin.
Mujahid juga turut sempat memuat naik satu ciapan di laman Twitter, yang menyatakan bahawa beliau akan bekerjasama dengan Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Bukit Aman.
Saya akan beri kerjasama semoga dipermudahkan urusan semua pihak.. pic.twitter.com/Gx5OtdbwxI
— Mujahid Yusof Rawa (@mujahidrawa) November 2, 2020
“Saya akan beri kerjasama semoga dipermudahkan urusan semua pihak,” tulisnya di laman itu pada Isnin.
Dalam pada itu lapor The Star, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Parit Buntar itu telah dipanggil bagi membantu siasatan yang bermula sejak Mac lalu.
“Kami sedang melakukan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Parit Buntar
#Dr Mujahid Yusof Rawa
#akta hasutan
#jenayah
#siasatan
#Bukit Aman
#Twitter
#Amanah
#dipanggil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan